KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday 4 March 2016

Mee Goreng Ala Jawa



Bekfes pagi tadi dah petang baru nak tayang...
Hahaha...
Ini jer masa ada nak ngular...
Mentang2 la boss takde kan...

Ekceli aku pernah makan mee siput goreng jawa..
Tapi sebab mana la nak dapat mee siput tu kalau tak ke johor kan...
So disebabkan mee siput xde...
Mee kuning pun jadi la kan...

Percaya tak Rusydi tambah 4x makan mee ni...
Sila percaya okey...
Siap ulang lagi...sedap mama masak..sedap mama masak...
Cam perli aku lak...
Tahula aku ni memang malas betul ke daput sekarang.,..

Okey la resepi kat bawah...

SUMBER : masz

Bahan2

5 sanggul Mee Siput
4 sdb Cili mesin/boh
3 ulas bawang putih - cincang
5 ulas bawang merah - hiris
4 biji cili merah - dihiris
sayur kobis/sawi/taugeh/kucai - lagi banyak lagi sedap
daun sup/saderi - dipotong halus
tauhu goreng - dipotong
kicap masin - secukupnya
kicap manis - secukupnya
garam/aji - jika perlu
Minyak utk menumis
Air -secukupnya

cara2

Mee siput direndam hingga kembang kemudian ditoskan. Tumis bawang putih/merah hingga wangi kemudian masukkan cili mesin/boh & cili merah potong.. tumis sehingga wangi kemudian masukkan mee siput tadi, tambah sedikit air, kacau/gaul sehingga sebati kemudian masukkan sayur2an & tauhu, tuangkan kicap manis & masin, last sekali masukkan daun sup/saderi kacau goreng hingga sebati dan masak... hidangkan panas2 dan dimakan bersama nasi..

* boleh juga dicampurkan dengan udang atau ayam jika mahu


3 comments:

  1. best ni... anak sy pun sejenis yang suka makan mee...pasta..bihun...pening memikir nak masak kdg tu..nasi ikut musim...

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan.
    Nampak sedap... dah lama tak goreng mee.

    ReplyDelete
  3. mak aihh sedapnya nampak... uishh mana nak try dulu ni.. onde nak buat.. mee pn nak buat

    ReplyDelete