KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 7 March 2016

Kangkung Belacan Budu..



My peberet...
Kangkung ni suka betul bila goreng belacan...
Siap aku boleh ratah2 lagi kangkung nih..
]Siyes ok...
Terjumpa pulak resepi di dapur CMG...
Kangkung belacan tambah budu...
Seorang Mek Kelate macam aku ni...
Budu dan aku tak boleh dipisahkan..
Budu pun ada khasiat weii.....
Oklah resepi kat bawah yer...
Siyes rugi kalau tak cuba...

SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak sayur kangkung, siang berasingan batang dan daun, cuci dan toskan
1 camca besar "budu"
1 biji bawang besar, hiris
1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumbuk lumat dan tumis hingga harum, tambah hirisan bawang besar, dan masak sekejap. Masukkan budu dan juga air. Biar mendidih dan masukkan batang kangkung. Kacau rata dan masak hingga batang kangkung lembut.
Masukkan daunnya dan gaul rata. Tambah garam jika perlu. Masukkan juga scubit gula. Masak sekejap rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain....Sedap dimakan selagi hangat..


3 comments:

  1. terus terasa nak buat kangkung goreng belacan...

    ReplyDelete
  2. This is Kelantan..best ni.tambah budu

    ReplyDelete
  3. wah buh budu.. tak penah cuba lagi ni

    ReplyDelete