KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday 10 March 2016

Ayam Goreng Pandan...


Waaa aku buat ayam pandan....
Percaya tak???
SIla angguk kepala masing2...
Ayam pandan ni memang peberet aku...
Pertime makan kt Ahroy..
Kedai thailand...

Dah lama google resepi...
Tapi belum berkeyakinan nak buat..
Lastly cuba...
Nak prepare senang jer...
Sampai kat nak balut ayam jer...
Terus sakit hati...
Siyes aku xpandai nak balut ayam ni...
Lastly aku balut suka hati aku jer...
Jangan kecam aku hokey...

Tapi pedahal dengan balutan...
Janji rasa kat dalam yummy....

SUMBER : fizalgk


Bahan-bahan
500gm isi ayam - bahagian dada 
3 ulas bawang putih di tumbuk 
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada sulah 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh gula
1 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu besar kicap cair
Daun pandan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Bersihkan ayam, buang kulit dan potong kiub besar.
2. Satukan bahan-bahan lain dan perapkan bersama isi ayam selama 3 jam atau semalaman.
3. Bila siap untuk di goreng, balut ayam dengan daun pandan dan klipkan dengan pencungkil gigi untuk melekatkan daun tersebut. Balutan jangan terlalu ketat agar isi ayam garing bila di goreng
4. Goreng ayam yang siap di balut dalam 6 hingga 8 minit atau sehingga masak. Boleh juga di bakar ayam pandan ini di dalam ketuhar dengan suhu 200'C selama lebih kurang 25minit.
5. Setelah siap bolehlah di hidangkan dengan sos cili thai :)


1 comment: