KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 13 January 2015

KUIH KERIA....


Lambat bersiaran hari ni...
Ni pun tak boleh nk bebel panjang2...
Dah nak balik rumah dh..
Tak sabar nak peluk anak2...
Laki sekali...
Opsss....
Ok jom tengok resepi...



500gm keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air

Cara-caranya:-

Ubi keledek dikupas, dipotong kecil dan direbus sehingga empuk
Toskan keledek dan kemudian lecek hingga lumat
Campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama dengan keledek dan uli sehingga menjadi ketulan doh yang tidan melekat kat tangan.
Sapu sedikit minyak dan sapu ditangan anda.
Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian leperkan sedikit dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan jari telunjuk anda dan buat bulat seperti gelang.
Susun atas bekas yang telah disapu dnegan sedikit minyak dan buat sehingga habis doh
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Toskan
Panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali yang lain dan kacau sehingga ia likat kemudian masukkan kuih yang telah digoreng tadi.
Padam api dan kacau atau golek-golek kuih tadi sehingga terbentuk bunga gula diatas kuih. Angkat.

Nota:-

Pastikan keledek tidak direbus sehingga terlalu empuk sebab nanti doh akan menjadi terlalu lembik dan kuih tak berapa sedap.
Saya hanya guna 1 sudu makan gula sahaja sebab tak suka manis sangat
Untuk lebih cepat, saya selalunya akan panaskan 2 kuali sekali gus. 1 kuali untuk mengoreng dan satu kuali untuk masak air gula. Saya akan masukkan air dalam anggaran 1/2 cawan dan masak dengan api perlahan. Apabila kuih siap digoreng, air gula saya sudah likat dan saya terus sahaja masukkan dalam kuali kuih yang telah ditos tadi.

No comments:

Post a Comment