KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 22 August 2014

Mee Rebus Udang



Dah lama tak bersiaran yer...
Sangat2 busy skrg..
Memang tak sempat nk update blog..
Tambah2 sekarang dah mula keja balik...
Okey la bila dh keja ni tak bleh nk celoteh panjang2..
kan dapat plk jelingan dari bos..huhuhu...

Okey la tak lupa juga..
Jom kita sama2 sedekahkan AL-FATIHAH untuk mangsa MH17...

SUMBER : K.Zai Dapur Comelku / Mamasya / CMG

Bahan-bahan ( 5 orang )

* 500 g mee kuning
* 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
* 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
* Limau kasturi secukupnya
* Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
* 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
* Hirisan cili hijau dan merah
* Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
* 250 g udang sederhana besar

Bahan-bahan untuk kuah:-
* 3 ulas bawang putih*
* 6 biji bawang merah kecil*
* 1/2 cm halia*
* 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
* 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
* 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
* 1 batang serai, dititik
* 1 inci lengkuas, dititik
* 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
- kita guna 5 ketui kentang tp saiz kecik
* 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
* 1 biji tomato, dibelah empat
** gula kita gantikan dgn gula melaka 

Cara-cara:

1.Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan

2. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.

3. Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)

4. UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan

2 comments:

  1. uiii,sedak ni Adda,make pete-pete dok tepi sawah padi hok berangin tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana la nk cari sawah padi kl nih...hihihi

      Delete