KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 29 June 2014

Iftar Hari-1 : Mee Udang


Alhamdulillah sudah selesai berpuasa untuk hari ni...
Walaupun dok risau bleh tak kutahan sebab si kecik ni kuat sgt menyusu...
Masih fully bf walaupun aku dah mula keja skrg...
Tapi dia faham kot mama dia puasa hari ni so xleh nk ngempeng lama2 sgt...
Mau ketar lutut aku nanti..huuhuhu
Menu simple untuk berbuka hari ni...
Juz aku ngn adik aku jer..
Nasib baik adik aku cuti hari ni...
Kalau tak sorang2 jer la aku hari ni...
En somi sebulan ni memang jaga kedai kat bazar sg besi...
Memang malam la baru balik....
Takpe la aku memahami sebab dia nk cari duit untuk balik raya nanti...
Lagipun sekarang dia takde keja..
Bolehla menampung untuk raya nanti....
Tapi dah siap pesan awal2...balik nanti dia akan makan kt umah..
Dia berbuka ngn kuih2 jer dulu kt sana....

Sumber : Dapur Cik Ida / myresepi (Che'Iza

Bahan2;
1 kg mee kuning
300 gm udang saiz L
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering *
1/2 inci halia*
1 sudu besar petis
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Bebola ikan
2 biji telur
Sawi, daun bawang, cili merah & bawang goreng
Gula & garam
Keledek/kentang - rebus & dilenyek utk pekatkan kuah - aku skip

 
Cara2
Rebus udang hingga masak . Tapis & kluarkan udang & asingkan.
Tumis cili kisar hingga garing & masukkan bahan bertanda * yg telah dikisar. Biarkan hingga pecah minyak & garing.
Masukkan air rebusan udang biar hingga kuah mendidih & masukkan sos tomato, sos cili.
Masukkan garam & gula.
Masukkan bebola ikan dan pecahkan telur.
Celur mee dan sawi.
Susun udang di atas mee semasa hidang & curahkan kuah. Hiaskan dgn bawang goreng, cili merah & daun bawang. Dahpun siap..... 


No comments:

Post a Comment