KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 28 April 2014

Nasi Goreng Kampung....


Dah 20ari pantang...
Makaiii lambatnya rasa nk habis pantang...
Dah xde selera dh nk hbiskan lauk pantang...huhuhu...
So ari ni tayang jer la nasi goreng kampung ni...
Ni untuk bekfes en somi ngn rusydi...
Kesian plk tengok diorg asyik xselera jer makan nasi..
Yerla mama dia dh jarang masak..
Suh en somi beli kt kedai malas plk..
Bukan apa sekarang kan air bercatu...
Kat kedai pun bercatu...
Dia risau pasal kebersihan la tu..
Kena plk ritu lepas makan kt kedai 2beranak tu kena cirit birit...

Buat nasi goreng ni pun lebihan nasi semalam...
Masak nasi 2pot pun tak hbis...
Pagi ni baru selera ckit rusydi makan...
Kesian dia...

Oklah resepi xpayah la yer...
Sempoi sgt resepi aku ni...
Tumbuk bwg merah, bwg putih, cili, ikan bilis ngn belacan...
Tumis smpai naik bau..
Masuk ayam lepas tu kangkung,..
Masuk nasi..kacau2 dh siap....

 

Wednesday, 23 April 2014

Kek Lapis Asam Manis Kukus...



Jumpa plk pic lama dalam camera 1 lgi...
Ni pic raya haji yg baru nih...
Pestime melapis kek lapis sebenarnya...
Tu yg dia punya lapisan jdi cmtu..
Asam manis pun tak cukup...
Tu pasal nampak xnampak jer...


SUMBER : DjDayang Jack

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong. 


***semua bahan(kecuali hawflake dan pewarna) disukat dgn menggunakan cawan/sudu metrik. Harap maklum.


Friday, 18 April 2014

Kek Epal Yogurt....


Baru pantang ari ke 10 dah bikin kek ya....
Biasa la aku ni pantang sendiri...
Diri sendiri jer jaga...
Maklumlah aku ni dah takde mak, laki aku pun xde mak...
So memang kena berdikari la...
Actually adik aku beli banyak sangat epal merah 2-3hari lepas...
Lepas tu takde plak org nak makan...
Aku jer la makan bila lunch...
Tu pun 1biji sehari jer....
So godek2 resepi ada plk resepi kek...
Tapi dia bikin epal hijau....
Aku derhaka letak epal merah..
Ampunkan saya tuan resepi...huhuuhuhu
Kek ni aku tak jamah pun...
Diorang jer dok makan...
Oklah anak aku dh bunyi2 dah tu....
Opsss resepi yer...
Nanti esok aku update yer....



Sunday, 13 April 2014

Alhamdulillah...Tapi...



Alhamdulillah....
Aku selamat jugak melahirkan sorang baby boy pada 9 April 2014 kul12.33a.m....
Bersalin secara normal....
Baby plak berat 2.75kg....
Rusydi dulu 2.65kg tp dgn bantuan vacum....

Tapi baby still kat NICU....
Tak dapat ikut mama dia balik....
Sedih jugak hati ni bila balik sorg2....
Baby still kena pantau sbb kena jangkitan kuman & pernafasan dia laju ckit...
Jangkitan kuman sebab aku punya ketuban pecah lama sangat....
Dalam 24jam jgk la...
Yer la pecah ketuban 7hb kul11 mlm....
Aku bersalin plk 9hb kul12.33 pagi...
Disebabkan lama sangat baby kena jangkitan kuman....

Harap cepat la baby sihat...
Kesian aku bila ingatkan dia sorang2 kt sana....
Takper la hari2 mama pergi jgak untuk anta susu.....
Mintak semua doakan baby ku cepat sembuh....


Monday, 7 April 2014

Kerang Cili Berempah...


Masih berdebar2 tggu bila la baby ni nak kuar...
Lagi 5ari nk smpai due....
Harap2 kuar la sebelum due..
Risau plk takut kena induce lagi...
Taknak woooo sakit.....huhuhuu....
So untuk hilangkan debar2 tu...
Eloklah ada aktiviti masak2 gitu kan....
Padahal perut manjang lapar...
Kerang ni en somi beli kat econsave semalam...
Mintak buat bercili..
So aku upgred jadi cili berempah....hiihiih...
Dia suka ratah2 kerang cmni....
Memang peberet dia la...

BAHAN2NYA

1 KG KERANG
2 SUDU BESAR REMPAH KARI IKAN -DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR
2 SUDU BESAR CILI SOS
2 SUDU BESAR CILI BOH
2 SUDU BESAR SOS TIRAM
SEDIKIT GARAM 
SEDIKIT AIR


BAHAN2 KISAR 

2 BIJI BAWANG MERAH
2 BIJI BAWANG KECIL
½ INCI HALIA 
 
CARA2 

1. TUMIS BAHAN2 KISAR SEHINGGA GARING DAN NAIK BAU. MASUKKAN REMPAH KARI DAN CILI BOH DAH KACAU RATA SEHINGGA GARING. JGN TERHANGUS LAK.

3. MASUKKAN AIR DAN GARAM. MASUKKAN PULA CILI SOS DAN SOS TIRAM DAN DIIKUTI KERANG KEDALAMNYA DAN GAUL RATA. BIARKAN SEHINGGA KERANG DAH MASAK BARU TUTUP API. SELAMAT MENCUBA.....



Friday, 4 April 2014

Daging Goreng Bercili....


Salam jumaat semua....
Makan daging la plk rini...
Buat daging goreng bercili plk...
Daging cili aku ni plk terlebih kicap....
Tu nampak gelap semacam jer...
Tapi lantak la kan...hihihi
Makan ngn nasi panas2 sedap ni weiii...
Tak rugi cuba resepi K.Wana nih...


500g daging ( di potong kecil2 dan dibersihkan)
20 btg cili kering ( dipotong, di rendam dan dikisar ) – boleh tambah atau kurang ikut suka
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
3/4 inci halia -dikisar
2 batang serai -dikisar
1 sudu kecil ketumbar biji- dikisar
1 sudu kecil jintan kasar dan jintan manis -dikisar
1 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
serbuk kunyit
sedikit gula
sedikit serbuk perasa ( jika suka )



Cara penyediaan
1. Daging di gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Masak daging tadi dalam kuali hingga kering airnya. Jika daging kurang empuk masukkan air kemudian masak lagi hingga kering air dan daging empuk.
3. Setelah daging kering masukkan sedikit minyak dan goreng  daging tadi sehingga sedikit kering.
4. Setelah masak ketepikan dulu daging tadi dan buat sos pedasnya…
5. Tumis bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak hingga wangi dan pecah minyak.
6. Masukkkan sedikit air dan kicap manis, masak hingga sedikit pekat.
7. Kemudian masukkan daging tadi… masak seketika.
8. Sesuaikan rasa garam dan gulanya.
9. Bila sudah cukup masak dan agak kering bolehlah diangkat dan di hidangkan…


Wednesday, 2 April 2014

Ayam Bakar.....


Bukan dalam pantang lagi ni yer...
Tak bersalin lagi...
Kan tengok ayam bakar ni fikir menu dlm pantang plk...
Tapi boleh jgk kan jdi menu pantang...
Ayam ni senang jer nak buatnya...
Kisar jer bawang putih, serai ngn lada hitam..
Lepas tu lumur kat ayam...
Perap sekali ngn kicap, madu & garam....
Senang kan.....
.Ayam ni actually semalam punya...
Ada plk kengkawan en somi dtg umh...
So buat nasi ayam..
Nasi ayam nya xsempat nk snap..
Sebabnya malu plk nak snap gmbr time diorg ramai2..
Ayam jer sempat snap tu pun curi2 jer...
Ayam ni bakar dlm oven jer....