KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 29 November 2013

Nasi Goreng Ulam....


Breakfast pagi ni ngn nasi goreng jer...
Lunch plk bantai jer nasi goreng ni...
Petang sikit baru kita masak.....
Nasi goreng ni nak sama jer aku tgk ngn nasi ulam...
Tapi versi aku ni digoreng plk...
So jadi la nasi goreng ulam...
Bahan-bahan pun yg sedia ada jer...
Lebihan nasi goreng semalam, ikan goreng semalam aku tumbuk jer cm biasa...
Sambal belacan plk yang selalu dapat bila tapau nasi goreng mesti en somi mintk smbal belacan..
Sambal belacan tu la yang aku guna....
Memang versi campak2 la...

Bahan-bahan : 

5 cawan nasi - nasi semalam punya
3 ekor ikan goreng - ditumbuk
2 biji bawang merah - di mayang halus
4 s/b sambal belacan
3/4 kubis - dihiris nipis
5 urat kacang panjang - dihiris nipis <urat ke yer..hihiih>
3 helai daun kunyit - dihiris nipis
3 helai daun limau purut - dihiris nipis
Garam dan gula

Cara - cara : 

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan sambal belacan dan diikuti dengan bahan-bahan yang dihiris. Kacau seketika.
3. Kemudian masukkan ikan goreng yang ditumbuk.
4. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul sehingga rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul lagi.
5. Angkat dan hidangkan.




Thursday, 28 November 2013

Muffin Pisang......


Dah siap dah me'mapin'kan pisang pg ni...
Actually ada la pisang dh 2ari xberusik,...
So menjadi la mapin nya...
Pisang ni memang peberet Rusydi...
Bangun pagi dia boleh hbiskan 3biji pisang...
Lepas tu kemain la dok membuangnya...
Bila dah siap mapin ni...dh 2ketul masuk perutnya.....
Resepi ni aku ambk dr K.Nonie...
K.Nonie guna pisang tanduk....
Aku guna pisang biasa jer..erkkk sebenarnya tak tau pisang nama apa...hihiihih
Sukatan gula pun aku kurangkan sbb mengikut kata K.Nonie resepi ni manis...
So aku kurangkan la gula sbb nak bagi Rusydi makan....
Budak2 tak elok makan manis sangat....
Bukan budak jer...orang dewasa pun....

SUMBER : Nonie Supian

Bahan-bahan
3 cawan pisang tanduk yang telah dihaluskan + secubit garam
1 cawan gula halus
1/4 cawan air gula hangus
1 1/2 cawan marjerin
3 biji telur (saya guna gred A)
4 1/2 cawan tepung gandum + 3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila
coklat rice untuk hiasan

papercup untuk muffin

Cara-cara membuatnya
Campur gula dengan marjerin, pukul sampai kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji dikuti dengan pisang dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung diselang seli dengan air gula hangus. Kaup balikkan hingga rata. Masukkan ke dalam acuan muffin (paper cup)3/4 penuh. Tabur coklat rice dan bakar dengan suhu 180 darjah C, selama 25-30 minit atau hingga masak. 


Tuesday, 26 November 2013

Kerabu Sotong.......


Dah siap ker menu ngahari hari ni...
Hari ni aku masak simple jer...
Dah takde idea dh nak masak....
Juz kubis masak lemak, ikan goreng ngn kerab sotong...
Kerabu sotong ni dah banyak kali aku buat...
Memang aku ngn en somi suka ratah2 jer....
Kena plk ada rasa masam2 dia tu....
Memang kena la ngn tekak mak buyung ni.....



Bahan-bahan :

500 gram sotong
3 s/b air limau nipis/kasturi
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris :

1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji buah tomato
2 batang serai

Cara:
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan. 

Saturday, 23 November 2013

Sup Ayam Hadnyai....


Dari semalam tekak rasa asyik mual jer...
Pagi ni lagi la....rasanya morning sickness tu dah lama dah hbis....
Adoiiii bila tekak dok rasa macam2 ni....
Mula lah anak tekak aku meragam nak makan itu ini....
Kejap sate, kejap burger....macam2...hahahaha
Nak makan nasi terasa malas sebab aku takut terburai semua...
Fikir2 pagi tadi lunch nak bikin sup...
Boleh hirup sup.....
Dok godek2 tergoda ngn sup hadnyai...
Aku suka sangat versi2 siam ni sebab rasa masam2....
Fuhhh sekali hirup kuah tadi memang kaw2 best woooo...
Kalau lagi pedas...lagi sedap...
Sebab sup2 ni memang peberet rusydi jgk aku xletak banyak la cili...
Kan melalak plk anak teruna aku tu....
Patut la dah ramai yang mencuba sup cmni....
Memang sedap rupanya.....

SUMBER : Tun_Telani

bahan2:
  • Ayam (utk 2-3 org)
  • 3 ulas Bawang putih, 5 ulas bawang merah, 3 cili api, 2 cm halia, 1 cm lengkuas = blend.
  • 1 batang serai = ketuk
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
  • 2 biji bunga lawang, 4 biji buah pelaga,1btg kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
Cara-cara
  • Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai hingga naik bau
  • Masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata ,tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri.
  • Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  • Tambahkan garam secukup rasa
  • Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan.
  • Perahkan sedikit limau nipis.
  • siap!

Friday, 22 November 2013

Gulai Ikan Nasi Dagang....


Salam Jumaat semua....
Dah lunch ke semua?
Pagi ni rajin sikit memasak....
Dapat request dari en somi semalam cakap nak makan nasi dagang....
Nasib baik beras nasi dagang yg beli masa balik kampung ari tu masih tak guna lagi...
So bikin la ini nasi pada pagi ni....
Lunch pun memang makan nasi dagang la jgk....
Gulainya memang sangat sedap sebab ikut resepi K.Nor...
Balik kelantan ngn besut raya haji baru ni memang terus borong rempah gulai semua....
Sebab nak dapat rempah dia kat kl ni susah....

SUMBER : K.Nor Secubit Garam 

 Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)


Friday, 15 November 2013

Kek Coklat.....


Assalamualaikum semua....
Dah lama tak update blog ni.....
Bukan tak masak, tp mood malas mmg menggila.....
Hari ni tayang kek coklat dibuat semalam...
Ni pun request dari adik yg datang sempena cuti sekolah....
BIla datang jer byk la yg requestnya....
Ni pestime aku wat kek siap ngn topping....
Topping nya adik aku jer letak....
Mmg cmtu la gayanya bila tangan tak berseni ni....hihihihih
Takpe la nmpak buruk pun janji keknya mmg mabeles....

SUMBER : Emunnn

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung naik sendiri (self rising)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan air panas
  • 1//2 cawan milo
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA
  1. satukan tepung, serbuk koko, milo, gula dan soda bikarbonat dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan minyak dan kacau sebati. 
  3. masukkan pula air panas dan kacau sebati lagi.
  4. masukkan pula susu pekat dan kacau.. masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau sebati.
  5. griskan loyang dengan minyak dan alas dengan kertas minyak.. tuang adunan kedalam loyang. 
  6. kukus selama 45 minit / hingga masak.
  7. pastikan air dalam pengukus mendidih barulah boleh mula mengukus yea.

UNTUK HIASAN
  • 125gram coklat masakan
  • 3 sudu besar susu cair
  • manik warna warni
cairkan coklat mengunakan kaedah double boil  dan tuang diatas kek yang telah disejukkan ataupun suam2 kuku..tabur manik warna warni