KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Sunday, 30 June 2013

Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut


Sekarang baru nak tayang menu lunch tadi...
Actually penat sangat td...
PAgi tadi g IMKEDA jap belajar keta..
Pastu balik terus masak...
Dah ambak gambar tu rehat jap sambil tgk tv..
Ni baru nak update blog...
Hari ni gempak tul aku bawak keta...
Dah 3ari cikgu aku lepas aku sorang2 bawak keta..
Aku pun apa lagi belajar la parking...
Mendaki bukit kira aku dah terror la ckit..
Baru aku kuar parking..Pusing la depan ckit..
Ntah cmne ntah aku lambat pusing stereng..
Minyak plk laju..So apalagi keta pun masuk longkang...
Hahahhaha...Cikgu aku terus datang..sekali dia tengok dah gelak2..
Aku pun keluar la tengok memang tak menahan aku gelak..
Dah la kebetulan keta tu guna untuk shooting filem apa ntah kat IMKEDA tu..
Terpaksa la pggil 2-3 orang untuk angkat tayar keta tu..
Nasib baik sebelah jer..Alhamdulillah boleh la aku sambung belajar balik..
Balik umah terus bgtau en somi..
Sekali dia cakap " adoiii cmne nak bagi mama bawak keta ni...risau..."
Dah namanya ngah belajar lagi...Lepas ni aku terror la...
 Oklah berbalik pada menu hari ni...
Memang dah lama dok nak buat...
Tapi dok tangguh2..
So hari ni tadaaaaaa..

SUMBER : melinblossom , Kak Nor

2 ekor ikan bawal
1/4 cawan tepung jagung
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

1. Bersihkan ikan dan keringkan.
2. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
3. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
4. Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
3. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
5. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yang digoreng
 
 

Saturday, 29 June 2013

Papaya Lemon Juice...



 Hari ni cuaca panas sangat kan..
Tapi nasib baik angin kemain kuat lagi...
Ingatkan nak pergi putrajaya nk g tengok floria...
Sambil2 nk beli anak pokok..
Tapi disebabkan cuaca panas kesian plk kt Rusydi sebab baru baik dr selsema...
Tunggu la petang ckit ker...
Malam memang tak boleh la sebab en somi nak tengok bola...
Kelantan vs JDT...
Gomo kelate gomo!! GOMO KELATE GOMO...hahahha
Harap2 kelate menang la malam ni...
Mintak2 jugak takde la pape perkara buruk kat stadium nanti...
Aku sokong kat umah jer...
Tak sanggup nk bersesak kt stadium ngn anak nih..
 

Ok la kering tekak membebel..
Minum plk jus ni...
Fuhhhh segar anak tekak...
Jemput minum....
Aku buat banyak ni..satu jug lagi...
Sila jangan malu2..hihhiihih


1 to 2 cups ripe papaya
1 cup cold water
1 - 2 tbsp lemon juice
2 or more tbsp white sugar
pinch of salt
ice cube, crushed

mix papaya, water, sugar and salt in a blender and blend till smooth. Add lemon juice. Blend for few seconds. Add ice and enjoy. 


Thursday, 27 June 2013

Ikan Bawal Tiga Rasa..


Semalam lepas bukak posa semalam malas plk nak update lauk berbuka..
Bila dah kenyang tu semua malas...
Macam ular belingkar la jawabnya..hihi
Ni menu aku berbuka semalam..
Ikan ni aku lawan ngn tomyam..
Pastu ulam-ulam dah cukup la untuk aku...
Pencuci mulutnya plk onde-onde kira ok la kan..
Actually suh en somi beli siakap..
Sekali dia cakap siakap tak segar sangat..jadi dia beli la bawal..
Ok la sedap apa bawal bila buat cmni...


Bahan-bahannya : 

Untuk Ikan:
2 ekor ikan bawal
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap 
Minyak untuk menggoreng ikan 

Untuk Kuah:
2 biji bawang merah - dihiris
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 batang karot - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Daun bawang/daun ketumbar untuk hiasan
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
 
 
Cara membuatnya: 
 
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato, dan karot.
7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, dan gula.
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun bawang, daun ketumbar, cili merah dan hijau yang dihiris.

Wednesday, 26 June 2013

Onde-Onde Buah Melaka...



Jangan pelik yer kalau aku tayang onde-onde ni..
Bak kata laki aku kuih 'kekoh chaa'..kalau orang kelate tau la kot..
Actually hari ni aku posa tu yang ber'onde-onde' bagai tu..
Semalam tengok bumi kl ni dah turun hujan..
So fikir elok la aku posa..tinggal lagi 1ari jer nak kena ganti..
Kena plk hari ni cuaca mendung jer...
Alhamdulillah kurang la ckit dugaan aku posa...

SUMBER : Dapur Malaysia

Bahan-Bahan :

500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut


Cara-cara :
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan.

Tuesday, 25 June 2013

Nasi Karot...


Dah lama resepi ni dok q dalam list...
Akhirnya hari ni menjadi jugak sebab member en somi pun ada jgk melepak kt umh ni sambil buat kerja diorg tu..
Tapi lauknya memang sempoi jer..
Nasi ni lawan ngn sup dan ayam goreng berempah jer...
Aku ni bukan rajin sangat...
Kena plk rusydi kalau aku kt dapur..
Dia pun mula la ke dapur..
Sekarang dah pandai naik kerusi smpai atas meja..
Hari tu aku punya garam dh bersepai dh...
Bleh plk dia bawak kerusi pergi kat kabinet..
Adoiii si anak...Memang mama ko ni skarang byk sgt bersabar...
Berbalik pada nasi karot ni...
Rusydi pun kemain la banyak makan..
Aku letak nasi dalam mangkuk...curah sup..pastu letak isi ayam ckit..
Suapkan dia...fuhhh tak menang tangan aku menyuapnya..
Tapi satu jer en somi tak puas ati sebab takde sambal...
Dia tu memang hantu pedas...kalau tak pedas tak sah..
Aku suruh jer dia gigit cili padi kalau nak pedas...ahaksss...


 
Bahan-bahan:
 
6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
2 cawan carrot – saya parut kasar-kasar.
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
1 kiub ayam knorr
1 sudu kecil gula
garam


Bahan Tumis :

2 sudu besar rempah kurma
5 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih –  mayang halus
2 cm halia -mayang
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang
daun pandan……..simpulkan


Cara-cara :

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan ayam goreng berempah dan sup..

 

Saturday, 15 June 2013

Cek Mek Molek...


Teringin nak makan kuih peberet aku ni...
Dah namanya cekmek klate kan...
Rugi la kalau tak makan cekmek ni...
Nak membuatnya senang jer bagi aku...
Bahan2 yang sangat simple...
Tapi tang nak membuat bujur2..leper2....adoiiii...
Sengsara okeyyy...
Nampaknya tangan aku ni keras lgi...
Kena selalu pakai Johnson Baby Lotion ni baru lembut..ahakssss...
 Korang jangan gelak lak tengok bentuk cek mek aku tu...
Kesian kat aku ni budak baru blaja....

SUMBER : Qaseh Azida 

 
Bahan-bahan :

1. ubi keledek  (4/5 ketul@ terpulang pada masing-masing)
2. gandum ( 1 cawan/ 1 setengah @ jangan masukkan banyak sangat sebab nanti adunan boleh jadi keras)
3. secubit garam
4. gula
5. minyak

** simple je kan bahan-bahan. 

cara-cara buat :

1. rebus ubi keledek sampai empuk. (nak pastikan ubi dah empuk boleh cucuk dengan garfu).
2. sejukkan ubi keledek dahulu. lepas tu lenyek-lenyekkan ubi tu.
3. gaulkan ubi dengan tepung gandum sampai sebati. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. amik sedikit adunan then bulatkan and masukkan gula (lebih kurang setengah sudu teh)
5. bentukkan adunan menjadi bentuk bujur. (yg ni bergantung kepada kreativiti masing-masing)
6. goreng sampai jadi kekuningan. 

Wednesday, 12 June 2013

Kuew Teow Hailam...


Nak tayang dinner tadi...
Tenggelam pulak kuew tiow aku...hihi
Actually malas plk nak masak nasi malam ni...
Selalunya aku masak nasi ngahri banyak terus..
So malam dah tak payah masak..
Juz panaskan lauk jer..kalau takde lauk goreng simple2 jer..
Jadi hari ni tengahari makan kat luar sebab ikut en somi g tengok keta xciden..
Jadi pergi makan kt kg.baru...
So malam ni buat kuew tiow hailam jer la...
Try cuba resepi CM...
Alhamdulillah sedap...biasa la kalau CM punya resepi memang takkan mengecewakan punya...
Memang licin kitaorg balun....


BAHAN-BAHANNYA :-
 
1.5 liter air rebusan ayam
1 keping dada ayam, dihiris
1 keping fish cake, dihiris
1 cawan potongan bunga kobis
1 biji tomato, belah empat
1/2 batang karot, dihiris
2 ulas bawang putih, cincang halua
3 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-

500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili hijau jeruk

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam dan lobak merah, kacau rata. Tambah sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Biar mendidih.
  2. Masukkan udang, bunga kobis dan fish cake. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan tomato, sawi bok choy dan juga garam secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan hingga kuah memekat. Matikan api.
  3. Panaskan kuali non-stick, masukkan kuey teow tadi bersama minyak bijan dan kacau pantas selama 30 saat. Matikan api dan alih ke dalam mangkuk hidangan. Tuang kuah tadi dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili hijau jeruk...

Wordless Wednesday : Pak Haji..


muka ngada-ngada




layan kan jer la perangai mamaku nih..

Tuesday, 11 June 2013

Ikan Gerang Asam...


Resepi ni dah lama dalam list...
Hari ni baru nak jalankan operasi..
Nampak macam asam pedas jer kan...
Aku pakai ikan pari jer...
Sebab en somi pergi beli ikan pari...
Lantak la kan...
Alhamdulillah sedapppp...
Kena ngn selera aku...
Tak rugi mencuba okey...

SUMBER : K.MaDiHaA , K.Amie , Chef Florence

Bahan-bahan:

175ml minyak

0.5 liter air

35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air

1 kg / beberapa keping ikan tenggiri

3 tangkai daun kesum

1 kuntum bunga kantan

2 sudu teh gula

1.5 sudu makan serbuk ikan bilis

10 biji bendi

Bahan kisar halus:

25 tangkai cili kering

300 gram bawang merah

3 ulas bawang putih

7 biji buah keras

2 cm kunyit hidup

2.5cm lengkuas

4 batang serai

1.5 sudu teh serbuk belacan

Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan cili



Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.

2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.

3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renihkan selama 8 minit.

4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ikan. Biarkannya sehingga ikan masak. Sebelum dipadamkan api, masukkan kacang bendi & tunggu hingga bendi lembut.

5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.
 
 


Sunday, 9 June 2013

Coleslaw...


Coleslaw ni memang peberet Rusydi ngn papa dia...
Kalau lalu kt KFC tu bleh berhenti kejap semata-mata nk beli benda alah ni...
Siap beli mangkuk besar punya...
Sekali hadap jer...
So hari ni sibuk godek resepi coleslaw ni...
Rupanya senang bangat..
Membazir jer duit aku asyik beli kt KFC jer..
Ingat nak simpan bagi sejuk..
Sekali 2 beranak tu dok ulang makan jer...

SUMBER : Nusha 

 
Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

1) Kobis 500 gm
2) Lobak merah 70 gm
3) Mix vege- aku tak letak
4) Mayonis 4 sudu
5) Susu tepung penuh krim 4 sudu besar
6) Garam secukup rasa
7) Bekas plastik/tupperware yang ada penutup


Cara-cara

1) Kobis, lobak dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Kemudian hiris dan cincang kecil-kecil

2) Masukkan kobis, lobak dan mix vege ke dalam bekas yang ada penutup sebentar

3) Masukkan mayonis, susu tepung, gula pasir dan garam ke dalam mangkuk dan  kacau sampai sebati. Seeloknya guna hand mixer tapi aku malas. Kacau je guna sudu. Bukan lama mana pon.
 
 4) Tuangkan ramuan yang dah sebati tu ke dalam sayuran tadi dan kacau sampai betul-betul rata

5) Kemudian tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk
 
 
Coleslaw korang akan "matang" dan sedia untuk dimakan selepas 12 jam. Tanda matang ialah ia akan berair dan rasanya "smooth". Kalau tak sabar nak tunggu 12 jam, boleh aje kalau nak makan. Takde masalah!





 

Donut....


 Semalam lagi dah teringin nak makan donut...
So buat la sesi menguli semalam sambil layan jurassic park...
Aku menguli pakai tulang empat kerat aku ni jer....
Menguli depan tv...depan plk en somi...
Harap dia perasan la bini dia ni dok menguli sambil nk terkehel urat tangan..
Mana la tau kesian kt bini esoknya wat balik breadmaker...ahaksss...
Verangan jap...



Ni kali kedua aku buat donut...
Alhamdulillah menjadi sangat....gebu dan lembut...
Memang berbaloi buat..Rusydi suka sangat...
Aku memang tak reti buat bentuk donut...
Tu pasal la manjang bulat-bulat jer...
Nak kena beli acuan baru bleh jadi bentuk donut...

SUMBER : DayangJack & Izah Muffin Lover


bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :
  • Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  • Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  • Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  • Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

 

Thursday, 6 June 2013

Daging Masam Manis...


Waaaa awal lauk tengahari keluar yer hari ni...
Mentang2 takde busy sangat hari ni....
Padahal rumah sapu ngn mop pun belum...
Penat weiii...
Baru ku tau lagi penat dok umah dari keja...
Takpe la kan kata nak jadi bini solehah nk dengar cakap en somi..
En somi suh dok umah, kita dok jer umah...
Tapi kadang-kadang bila tersentap terus lupa solehah nya...
Sabar jer la kan...
Aku ni kadang2 hanginnn gk..maklumlah kak long....
Tapi bila tnya En Somi pasal kepala hangin aku ni..
Dia cakap bila dah kawin dah berubah dah ckit...Dah kurang dh.
Kalau time bercintaan dulu..fuhhhhh sabar jer la pak cik yer....Ahakssss..
Okay la ntah mana2 dah melalutnya...
Layan jer resepi kat bawah.

Bahan-bahan :
  
Daging [hiris nipis]
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
kunyit
garam
minyak
1 labu bawang besar - hiris bulat-bulat
3 ulas bawang putih - dimayang halus
3 cm halia - dimayang halus
2 biji cili merah
1/2 karot - dihiris

Cara- cara :
 
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan karot. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.
 

Tuesday, 4 June 2013

Bingka Roti Jagung Lagi..


Sebab tengok ada lagi roti yang nak expired esok so bikin ini bingka...
Sayang plk kalau di buang cmtu jer...
Bila dibuat cmni baru laku...

SUMBER : kak yatie

Bahan-Bahan- loyang 10 inci
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus/kastor
  • 100 gm mentega, dicairkan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 12 keping roti putih, didadu
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 liter santan/ susu cair-saya guna 1 tin susu cair dlm tin 400ml dan selebihnya saya tambah air
  • 1 cawan jagung krim dalam tin
Cara-Cara
  1. Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan/susu dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong...


Monday, 3 June 2013

Mee Hoon Kerang..


Dah masuk lunch tp baru nak tayang breakfast tadi...
Ni nak habiskan balance kerang masa buat mee kari ari tu...
So goreng jer dalam mee hoon...
Aku buat tak pedas sebab Rusydi boleh la makan kalau tak pedas...
Kalau nak pedas aku suh papa dia gigit jer cili...
Melampau kan!! hihiih

Bahan-bahan :

Mee hoon - direndam dalam air
Secawan isi kerang
6 ekor udang
3 s/b cili boh
4 biji bawang merah - diblend
3 biji bawang putih - diblend
Taugeh
Tauhu
2 biji telur
Sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara membuatnya :
 
1. Tumiskan bahan blend hingga naik bau. Masukkan cili boh kacau seketika.
2. Setelah itu, masukkan sos tiram, garam, gula secukup rasa. Kacau sebati .
3. Pecahkan telur..kacau-kacau dan masukkan pula tauhu, kerang dan udang.Kacau-kacau lagi.
4. Masukkan mee hoon dan gaulkan ia bersama bahan-bahan tadi
5. Pastikan semua bahagian mee hoon mesra bersama bahan tumisan tadi
6. Akhir sekali, masukkan taugeh. Kacau seketika dan tutup api..Sedia untuk dimakan..