KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 31 October 2016

Soto Ayam....


Rajin pulak bersoto ari minggu ritu...
Aku mmg suka makan soto ngn nasi impit...
Bleh makan ngn mihun..mee....
Oklah tak bleh nak cakap banyak...
kejap lagi nak turun warehouse stock take...
ponat....

SUMBER : iresepi

Bahan-Bahan:

Bahan untuk rempah tumis kuah soto:
3 biji bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
6 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah

Bahan untuk dikisar halus:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 ketul kunyit hidup

Bahan untuk kuah :
1/2 senduk minyak masak
1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
1 mangkuk santan pekat
1 jug air

Bahan untuk dihidangkan soto ayam
3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
bawang goreng
suhun, goreng hingga garing
isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
daun sup, hiris kecil
daun bawang, hiris kecil
cili merah, hiris nipis
kacang tanah, goreng dalam minyak
begedil

Bahan untuk kuah kicap bercili
1 mangkuk kecil kicap manis
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.

Cara untuk cili kicap:
Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.




Wednesday, 26 October 2016

Nasi Jagung...



Dah lama tak masak nasi jagung....
Balik semalam mood rajin...
Masak nasi jagung utk bekalan kat opis esk....
Aku makan ngn ayam bakar jer....
Ikut korang la rasa nak makan ngn ayam masak merah ke apa ker...
Ikut rasa tekak..hiihih




SUMBER : nannie

BAHAN-BAHAN:
 4 cawan beras basmathi 
5 cawan air 1 biji jagung segar - ambil biji jagung saja 
1 cawan susu cair 
2 helai daun pandan - disimpul & ikat 
20 biji gajus - dikisar 
4 sudu besar mentega 
1 sudu besar minyak sayur 
Garam secukup rasa 

BAHAN TUMISAN DIKISAR : 
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
 1 inci halia 

CARA MEMASAK : 
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . 
Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit kemudian ditos ketepi kan dulu . 

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua mentega dengan minyak dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Terus masukkan air dengan jagung , daun pandan dan biarkan sampai air mendidih . 

Kemudian masukkan semua beras , gajus yang dikisar , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .




Tuesday, 25 October 2016

Sambal Tempe, Terung Dan Ikan Bilis....



ni la menu kegemaran aku..
Aku mmg suka makan nasi panas2 dengan lauk kering2 cmni...
Fuhh terangkat ko....
Simple jer...
Tapi yang simple ni la boleh buat berat aku naik berkilo2...

Monday, 24 October 2016

Lawar Terung Bersama Ikan Pari...



Pestime tgk dlm fb ada org masak ni nampak cm sedap...
gigih ku cuba google resepi ni....
Lastly nampak kat umh k.izah....
fuhhh.....

Mula2 aku bakar dlu terung tuh...
Sekali bakar...semerbak bau terung bakar dlm umh...
Fuhhh kemain sedap bau weiii.
Kalah segala bau minyak wangi mahal tuh...
Kebetulan ada la ikan pari ckit lebih buat asam pedas ritu...
Aku bakar sekali..nak cmpur kengkonon...

Dah siap masak.....
Ku goreng plk ikan pekasam yg beli online ritu...
pastu sambal ikan bilis kentang....

Fuhhhh korang dapat bayangkan x???
Makan ngn nasi panas2.....
adoiiiiii......nikmat ooo...

SUMBER : Izah Daud

2 biji terung purple size sedang
* bersihkan, jangan dipotong. Terus aje bakar terung bersama kulitnya. Bakar sehingga kulit bertukar hitam dan lembik texturenya. Angkat terung, potong menggunakan sudu, dan kukut isinya menggunakan sudu. Ambil isi sehingga tinggal kulit hitam sahaja.
Ikan pari pun sama....aku bakar then potong kecik2...

1/2-3/4 cawan santan pekat sedang* kelapa diperah menggunakan air masak. Kalau beli santan mentah kena masakkan dulu la. Biasa untuk menu ni saya perah kelapa guna air masak, sebab menu ni tidak dimasak. 
2 ulas bawang kecil-hiris
garam secukup rasa
cili padi*optional


Campurkan santan bersama bawang dihirs dan cili padi. Perasakan dengan garam. Kemudian tuang ke dalam isi terung yang telah diasingkan dari kulit. Gaul2kan rata dan hidang.

Thursday, 20 October 2016

Puding Cincau Rose...



Memuding plak kita kan...
Puding ni dah biasa buat...
Selalunya color ijau...
Puding pandan cincau..
Ni kita kasi tukar color...
Jadi cm bandung lak ek....
Kasi pemes nama sikit Rose...
sebab letak sirap Rose...hahahha

1 pack agar-agar bertali
1 tin susu cair
1 liter air
1 cawan gula
1 cawan cincau yg dah dicingcang
Sirap

1. Masak agar2 dengan air hingga hancur.

2. Kemudian masukkan gula dan susu cair.

3. Ambil 2 cawan agar dan letakkan beberapa titik sirap.

4. Masukkan kedalam loyang dan biarkan sejuk sedikit, taburkan cincau yg dicincang tadi.


Wednesday, 19 October 2016

Roti Lapis Daging Berkeju...


Bekfes pagi ni ala2 meriah korg....
Western stail...
Ada roti plk yg nak expired...
tanya cik google apa yg best...
jumpa la resepi ni...
Bahan pulak mmg ada kt umh...
Untung kan ada adik jual beger ni...
Aku rembat jer daging beger ngn cheese dia...hahaha...






SUMBER : eresepi

BAHAN-BAHAN

– 12 keping roti
– 3 biji telur
– 200ml susu fresh
– 8 keping slice cheese
– cheddar diparut
– salad atau sayur kegemaran

Bahan Inti
– 300gram daging cincang @ 4 keping daging burger yang dihancurkan
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji bawang besar
– 1/2 paket perencah daging black paper maggi
– Minyak masak
– Garam dan gula secukup rasa
– Sedikit air



CARA-CARA

Untuk Inti
1.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan bawang besar serta daging. Goreng sehingga daging empuk.
2.Masukkan perencah black paper bersama sedikit air. Masak sehingga daging masak dan agak kering. Ketepikan…

Untuk Roti lapis
1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan butter atau mentega.
2. Gaul telur dengan susu sehingga sebati, kemudian celup roti kedalam bancuhan susu dan susun ke dalam bekas (langkah 1) hingga penuh.
3. Letakkan separuh inti roti tadi ke atas roti dan ratakan. Susun kepingan cheese di atas inti daging.
4. lapiskan dengan lapisan roti yang dicelup seperti langkah 2.
5. Tabur chesdar parut ke atas lapisan atas sekali.
6. Jika ada lebihan telur siram ke atas roti .
7. Bakar dalam oven pada suhu 180c lebih kurang 40 minit sehingga sehingga masak dan siap!!

Selamat mencuba!!


Tepek sikit pic bebudak ni g tengok wayang...
Sesekali bawak outing tengok wayang...
Mama ngn papa pun sekali la dating tengok wayang citer katun..
Yer la dah ada anak sekarang tengok citer katun la jawabnya...





Tuesday, 18 October 2016

Kek Batik Arora...



Kek batik arora lagi.....
Waaa kali ni amat gebu gebas oooo.....
walaupun rupa xberapa nak lawa...
Korang tengok kemain lagi bapak budak ngn budak2 ni dok potong...
dah tggl suku baru mama dia ni baru bleh ambk pic....
Laku giler kek ni.....
Rugi kalau tak cuba...


SUMBER : Kak Yatie

Bahan-bahan
250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah

Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Satukan tepung gandum dan baking powder
Kemudian di ayak ~ ketepikan
Dalam bekas mixer
Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
Tutup mixer
Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
Gaul adunan rata
Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk
Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

Friday, 14 October 2016

Kuih Lapis...



rajin kan pagi2 dah tayang kuih lapis...
Semalam kemain datang mood rajin buat kuih lapis...
Rusydi suka makan kuih ni...
Bukak selai2 makan...
Rizqi lagi la...
'Takde benda tak makan...semua dia rembat jer....

Dah banyak kali dh buat kuih lapis ni...
Memang senang nak buat....
Nak senang lagi boleh tengok sini

Amat senang pada sesiapa yg baru nak cuba....
Oklah bye...
Jemput la ambk seketul sorg yer...hihihi


Tuesday, 11 October 2016

Nasi Goreng Tomyam...



Jom Bekfes...
nasi goreng tomyam kita pagi ni...
Kebetulan ada lebihan nasi semalam...
So nak elak membazir kita campak2 apa yg ada...
So jadi la nasi goreng tomyam...



Bahan-Bahan:

Nasi 
1/2 labu bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 1/2 sudu besar pes tom yam
sedikit isi ayam
Sedikit kobis dan karot– dipotong
3 batang sosej
5 biji cili padi – diketuk
1- 2 helai daun limau purut – hiris halus
1 batang serai – dihiris halus
1 sudu besar sos ikan 
10 ekor udang
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali 

2. Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi. Goreng hingga wangi.

3. Masukkan isi ayam, udang, pes tomyam dan sosej. Kacau hingga ayam masak.

4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.

5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.

6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan.

Monday, 10 October 2016

Kemain Meriah Motor...

Macam biasa bila mak bapa dah xde duit..
Nak bawak anak jenjalan kt shopping complex dh xde duit..
maklumlah kalau dah masuk tempat shopping konpem mak rambang mata..
Hahahah...
Koman2 pun konpem makan KFC...
Walaupun kat umh dah makan...
Bila g shopping konpem nak makan kt luar jgk...
Kuat betul nafsu makan aku....hahah

So decided semalam g Stadiuum Kajang jer la...
macam biasa la kat sini la bawak anak jenjalan...
Main taman..smbil mak dia nak kayuh basikal...
keluarkan peluh sikit2...

Kebetulan sampai sana semalam tengok pehal la byk beno motor...
Macam ada pesta apa entah...
Sebab dah sampai petang...
Event pun dah nak habis...

Sempat la tengok beberapa bijik motor yang menarik perhatian....




Tengok motor oren ni...
Byk betul dia dapat piala...
Ghost Rider okey.....



Motor ni biasa jer...
Yang xbiasa nyer dan menarik perhatian aku nya helmet dia tu...
Jap2 nak close up ek...



Dan2 nak close up nampak pulak motor kuning ni...
Ambk pic jgk...
Kemain kuat bunyi motor ni oiii...
Lemah jantung mak cik okey...



Haaa ni dia helmet tadi....
Ada ke org pakai helmet camni kat jalan ek...
Kalau nampak kat aku konpem ku kata alien bawak moto....
Tak pun esok dah viral...hahaha..
Aku dengar2 diaorg cakap paling murah helmet camni rm800 sebijik...
Telan liur aku kejap...


Rusydi bergambar ngn motor plak...
Dia kata macam motor tokabah kt kg...
Tapi motor ni lagi cantik..hahahha...



Kemain tgk box dia tuh....
Pelik2 betul...hihiih....
Okay la itu jer...
Nanti dah ada masak2 kita masukkan entry masak2 yer...
Babai...



Tuesday, 4 October 2016

Teringinnya Megi Kari...



Baik jer dari demam yg seminggu hari tu...
Tekak tiba2 lak teringin nak makan mee maggi cepat dimasak sedap dimakan ni..
Entah kenapa tiba2 teringin sgt nak rasam masam2 maggi nih...
Adoiiii tekak macam2 kan...

Semua org pandai masak maggi ni...
Aku ni masak bodo2 jer...
kalau letak sayur, udang ke sotong ke...
Lagi sodap wehhh.....