KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 8 August 2016

Kuih Cara Berlauk...



Haa gigih ku buat kuih peberet nih...
Selalunya cara manis jer...
Ni kasi upgrade cikit...
Mahu kebas kaki aku berdiri buat kuih ni..hahahah

Tapi bila hasil tangan kayu ni yang buat...
Memang agak sememeh la jugak kan...
Tapi still nampak cam cara berlauk kan..
Takde nampak cam cek mek kan??
Hhiihihi..

SUMBER : www.rasa.my

BAHAN-BAHAN:


BAHAN ADUNAN TEPUNG:
2 cawan tepung
1 cawan santan- sederhana pekat
1 cawan air
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit
Sedikit garam

BAHAN INTI:
Sedikit daging kisar- agak2 1 cawan kot
1 biji bwg besar- cincang halus
2 ulas bwg putih- cincang halus
Sedikit halia- cincang halus
1 sudu besar serbuk kari daging- leh juga guna serbuk rempah sup
Cili merah-hiris
Daun bawang- hiris

CARA MEMASAK:

UNTUK ISI
Tumis bwg besar, bwg putih dan halia sampai naik bau
Bancuh serbuk kari ngan sedikit air
Masukkan dlm tumisan tadi
Masukkan daging + air skit + garam
Biar sampai daging masak dan kering
Masukkan cili hiris dan daun bawang
Angkat dan ketepikan.

UNTUK ADUNAN
Masuk semua bahan dalam pengisar
Kisar sampai sebati

CARA MEMASAK
Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak pada setiap lubang acuan
Guna api yg paling kecil
Tuang bancuhan tepung hampir memenuhi acuan tapi jangan terlampau penuh
Isikan inti
Tabur sedikit cili merah + daun bawang
Tutup permukaan loyang dgn tudung periuk
Kuih dah masak bila tepung dah bertukar warna
Alihkan kuih dari acuan guna pisau/ garfu/ lidi

No comments:

Post a Comment