KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 25 May 2016

Serawa Pisang...



ni hasilnya bila budak opis ni membodek nak makan serawa pisang...
mula-mula aku pelik gk dengar serawa pisang...
then bila google....la cmni ker...
kat kelantan panggil pengat pisang.,.hahaha
so balik semalam cari pisang....
pagi ni bangun awal masak serawa pisang ni la...
so sebagai pertukaran diorg bawak nasi ngn lauk utk aku....
hahahha pndai x???


Bahan-bahannya:
10 biji pisang awak – dipotong ikut suka 
1 senduk sagu (anggaran) – direndam dalam air sehingga kembang dan ditoskan.
2 senduk gula putih 
2 cawan pati santan kelapa  dicampur dengan 2 cawan air (nisbah 2:2)
Secubit garam
1 helai daun pandan



Penyediaannya:
Masukkan gula dan air dalam periuk dan masak sehingga gula larut.
Selepas itu masukkan pisang dan masak seketika bersama air gula tadi.
Tuangkan santan dan kacau. Pada masa yang sama masukkan daun pandan, sagu dan garam. Biarkan ia mendidih, kemudian angkat.
Sedia dihidangkan


No comments:

Post a Comment