KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 31 May 2016

Apam Marble...



Making apam marble...
Kat umah tinggal color ni jer...
So kita buat tiga color je...

SUMBER : Fiza

Bahan-bahan :
2 biji teur - saiz AA (kalau saiz sederhana, gunakan 3 biji)
1 sdt ovallete
*150 gm tepung gandum
*1/2 sdt baking powder
120 gm gula halus
100 ml santan
1/2 sdt esen vanilla
25 ml air biasa
sedikit garam
Pewarna (merah, hijau dan kuning)

Cara-cara :
~ Panaskan kukusan dengan api sederhana, griskan loyang dengan marjerin.
~ Ayak tepung dan baking poeder, ketepikan.
~ Pukul telur bersama ovallete sehingga kembang, gebu dan putih.
~ Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati.
~ Masukkan esen vanilla, santan dan diselang-selikan dengan tepung yang telah diayak bersama baking powder tadi.
~ Masukkan air dan secubit garam, kacau rata dan sebati.
~ Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dan masukkan adunan secara berselang seli dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
~ Kukus selama  30-40 minit.

Monday, 30 May 2016

Cerita Si Adik...



Ritu tayang si abang..
Rini adik pulak..
Kan jeles la...
Ni la bujang bongsu setakat ni..hahah
Lupa pulak aku pernah tepek ke gambar buidak ni dalam ni...
Budak yang banyak sangat perangai.
Baru 2 tahun dah pening kepala mama...


  • part merajuk memang no 1..en asben cakap memang ikut perangai aku
  • ni memang anak bapak betul..nak tido malam kena papa yang tepuk..nak susu papa yang buat...kemain ko nak...
  • bila tumpahkan sesuatu cepat-cepat pergi cari kain...konon taknak dengar mama membebel la tuh...
  • peberet movie standard la..ultraman...boboiboy..kids song....upin ipin...macam-macam la...
  • ni budak memang kaki makan....semua dia tala jer...
  • suka buat muka...ni kadang-kadang nak bagi penampar pun ada...
  • suka sangat la mandi...selalu bangun nak g umah bbysitter mmg mandi dlu...memang dia boleh berendam lama-lama kul6.45 pagi tuh..
  • dah pandai bilang 1-10 walaupun agak pelat
  • byk llgi tp ku lupa apa lagi.....nanti kita update lgi...

Friday, 27 May 2016

Nasi Goreng Ringkas..



Haa ni dia nasi goreng ringkas aku...
Tak payah dok dapur berejam...
5minit jer dah siap....
Nampak jer ringkas ni...tp sedap weii...
Tengok tangan la wei....hahaha


bahan-bahannya 

nasi sejuk
mix vege
1 biji telur

bahan-bahan ditumbuk 

ikan bilis 
kunyit hidup
cili api 
garam 
1 ulas bawang putih

Cara-cara : 

Panaskan minyak. Tumis semua bahan tumbuk hingga garing. Masukkan telur dan mix vege. kacau sebati. Kemudian masukkan nasi dan kacau lagi. Dah siap.


Thursday, 26 May 2016

Rusydi School Trip at Bird's Park...



Ni pestime Rusydi nak g field trip ngn kekawan...
Mula2  aiii risau gk fikir sbb Rusydi xpernah kuar melainkan dengan aku ngn papa dia...
So ni bagi pelepasan la ngn kekawan...lgipun teacher ramai...
Dia punya excited nak pergi smpai nampak bas dah melompat2..



Haa tu dia budak ni dok dalam bus kawan dia...
Stress ku nengok budak ni....
Kopiah senget benget...





Dah smpai siap bergambar ramai-ramai...
Masa ni aku dah xjumpa mana Rusydi..hahaha...











Kemain happy kat sana...
Mama jugak xpernah smpai lagi Bird Park tu..huhuuh


Lunch makan nasi ayam....
Peberet Rusydi juga nih...


Habis lunch dah balik....
Balik jer umah...kemain bercerita...
Siap cakap sy nak g jalan2 ngn teacher lgi..
Nak naik bas...
Iyo la nak oiii....



Wednesday, 25 May 2016

Serawa Pisang...



ni hasilnya bila budak opis ni membodek nak makan serawa pisang...
mula-mula aku pelik gk dengar serawa pisang...
then bila google....la cmni ker...
kat kelantan panggil pengat pisang.,.hahaha
so balik semalam cari pisang....
pagi ni bangun awal masak serawa pisang ni la...
so sebagai pertukaran diorg bawak nasi ngn lauk utk aku....
hahahha pndai x???


Bahan-bahannya:
10 biji pisang awak – dipotong ikut suka 
1 senduk sagu (anggaran) – direndam dalam air sehingga kembang dan ditoskan.
2 senduk gula putih 
2 cawan pati santan kelapa  dicampur dengan 2 cawan air (nisbah 2:2)
Secubit garam
1 helai daun pandan



Penyediaannya:
Masukkan gula dan air dalam periuk dan masak sehingga gula larut.
Selepas itu masukkan pisang dan masak seketika bersama air gula tadi.
Tuangkan santan dan kacau. Pada masa yang sama masukkan daun pandan, sagu dan garam. Biarkan ia mendidih, kemudian angkat.
Sedia dihidangkan


Tuesday, 24 May 2016

Biskut Famous Amos Chocolate Chips..



Dah lama tak bersiaran kan...
Tayang lagi biskut kegemaran ramai kat umah ni...
Habis turun ke bbysitter anak aku yg suka makan ni..
Semalam rusydi bawak satu bekas ke school...
Teacher siap tanya puan jual ker???
Ehh tak...mmg saya bagi 1bekas tu utk kekawan ngn teacher makn...
Teacher ada gtau ada rasa sikit2 sorg....sedap...
Siyes kembang den....
hahaha....
Resepi malas nak tulis...
ada bersepah resepi ni dalam blog aku ni...
Maklumlah dah berkali2 buat2...