KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 31 December 2015

Kuih Kasturi...




Pestime buat kuih ni...
Sebabnya aku tengok en asben suka sangat makan kuih ni...
Aku pulak xde la suka sangat.
Gigih aku cari resepi semata-mata nak buat untuk en asben...

Walaupun rupa xde la lawa sangat..
En asben siap cakap lagi sedap dari tempat yang dia selalu beli tu...
Kembang hakak okey...

Okey la ni nak tepek resepi pulak...

SUMBER : sue hasue

Bahan2:
1 cawan kacang hijau
3/4 atau 1 cawan gula pasir(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus kacang

Cara2 membuatnya:
Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
Apabila sudah mula kering,perlahankan api..dan kacau sentiasa.
untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..

Bahan2 membuat adunan tepung/batter:
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu mkn marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan

Cara2:
Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

Wednesday, 30 December 2015

Tepung Pelita...



Haa ni dia nak tayang tepung pelita..
Ini memang peberet nih...
kalau bulan posa tiap2 ari beli...
Ari minggu ritu sajer nak cuba buat...
Mula-mula bikin dulu buat dalam cawan kecik2 nih....
Kalau tak menjadi xde la membazir beli daun pandan ngn pisang...
Yerla kat kl ni daun2 tu semua kena beli...
Kalau kat kampung xper la...
Dah la umah aku ni jenis tinggi punya...
Takkan la nak tanam pokok pisang dalam pasu lak kan...

Pestime buat terus menjadi...
Kalau ku tau kuih ni senang..
Dah lama dah buat sdiri...
Siyes suka tau...

SUMBER : Periuk Tanah

Tepung Pelita-di dalam kelongsong daun pisang

Daun pisang dipotong segiempat tepat 10 X 20 sm. Dilayur atas api. Lipat dua, bentuk jadi kelongsong dan 'staple'kan. Buat 15 kelongsong. (pastikan tidak bocor)

Bahan-bahan adunan

A) 1 mangkuk gula pasir yang agak halus

B) 15 gm tepung beras

300ml air pandan

***campur bahan dan kacau dalam periuk hingga hampir pekat menggunakan api perlahan

C) 15 gm tepung beras

300 ml santan (daripada 1/2 biji santan)

garam secukup rasa

***campur bahan dan masak dalam periuk hingga hampir pekat menggunakan api perlahan

Cara-cara:

1. Susunkan acuan/ kelongsong di dalam pengukus. Panaskan pengukus hingga air mendidih

2. Masukkan 2 sudu teh gula ke dalam setiap kelongsong. Kukus 10 minit/ hingga gula cair.

3.Masukkan adunan hijau di atas gula yang telah cair, separuh kelongsong. Kukus 15 minit.

4.Masukkan pula adunan C (bersantan )hingga penuh kelongsong/ sama banyak dengan adunan pandan tadi. Kukus 15 minit.

5. Tutup api dan sejukkan kuih sebelum dihidang.

*** Adunan boleh juga dimasukkan terus ke dalam kelongsong tanpa dimasak dahulu, tetapi cara begini kadang-kadang menyebabkan kuih tak menjadi cantik.



Wednesday, 23 December 2015

Tiramisu Biscotti....



Yey yey yey yey....
Nak tayang dessert sedap nih....
Org lain dah lama dh buat...
Aku baru nak terkial2 tayang kat sini....
Siyes mmg sedap.....
Si Rizqi yang kecik tu mmg suka sgt....
Rusydi plk dok sibuk kutip stoberi jer....
Layan sejuk2...
Siyes best.....
Nanti nak buat lagi...
Ambik resepi kat sini...
Tapi aku ubah ckit sebab nak guna stoberi...
Layer tu pun aku guna filing staberi....
Siyes sedap....



Tuesday, 8 December 2015

Lasagna Roti...



Lasagna roti???/
Haa siyes mmg betul...
Aku rasa ramai yg tau...
Cuma aku jer yg kelewatan selalunya utk cuba resepi....
So disebabkan adik aku kt kg ada datang...
so mula la nk mencuba resepi nih...
At least klu x berapa nk sedap..
Aku bleh buli dia suh hbiskan...
Hahahah....

Tapi ternyata sedap rupanya....
Aku pun siap makan byk gk...
Pastu ada bawak utk bbysitter ank aku sekali...
Ni klu aku tmbahkan byk lgi isi2nya..
Konpem lgi sedap...

SUMEBR : Linapg

Bahan-bahan ( 6-8 orang ) 
3 biji kentang di potong dadu kecil (lina pg rebus kentang hgg empuk bersama 1/2 sk garam) 
500gm daging cincang (lina pg gn 4 keping daging burger) 
1 biji bawang besar (lina pg cincang halus) 
3 ulas bawang putih (lina pg cincang halus) 
1 biji tomato (lina pg tambah rcp asal xde) dadu kecil 
1 sudu besar serbuk kari (jadikan pes) 
1 sudu besar cili giling (lina pg tambah rcp asal xde) 
3 sudu makan minyak untuk menumis 
12-14 keping roti (lina pg gn 12 keping roti) 
500ml susu segar 
3 biji telor (lina pg gn 4 biji telur gred B) 
secubit garam 
Parutan cheese (banyak ikut suka)(lina pg gn cheese mozarella) 
Sedikit margerin untuk melenser 

Cara-cara 
Tumis bawang hingga layu,masukkan cili giling dan kari.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging.
Biarkan hingga daging empuk.
Masukkan kentang.Kacau sebati.
Sesuaikan rasa Satukan Susu+telor+secubit garam 
Pukul susu+telor+garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi 
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi (lina pg just celup jer tak ramas pun) 
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas 
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti 
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka) 
Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat (lina pg bako suhu 160 selama 20min..tu pun rentung gak hihi) 
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka 
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis



Monday, 7 December 2015

Sepiring IOI City Mall Putrajaya


Hari mnggu ritu pergi ioi semata2 nak radeem groupon voucher utk Sepiring ni
nasib baik la dekat jer...
kalau jauh2 idop la nak pergi...
Sambil bawak anak2 jalan...
Mama cuci mata la jgk...

Time makan g Sepiring nih...
Ekceli aku dh call sebelum pergi utk booking
So smpai mana juz tunjuk voucher jer...




So aku decided nak makan laksa....
Kuah nya mmg pekat....
Sedap la jgk...
Bila suh en asben test pun dia ckp ok...
Sebab kalau lidah aku mmg dia kurg percaya...
Semua makanan klu aku bleh telan tu sedap la...


Ini apa ntah di panggil aku lupa...
Tapi dibuat dr keladi...
yang ni aku xberapa nk suka sgt...
Maybe sbb dia keladi kot....
N aku xpernah makan...


Ini en asben punya..
Nasi kunyit ngn chicken curry....
Sedap la jgk...
Tapi en asben ckp cepat muak...
Maybe sbb cmpur pulut kut....
Ayam dia pun byk...
Siap boleh ratah2 lagi...


Ini dessert dia...
Adehhh siyes aku lupa...
Tak bleh nak igt time2 ni...
Nak google mls plk...
Yg ni mmg sedap...
Aku mkn ckit jer...
Yg hbiskan si Rusydi....
Suka la dia durian....

Oklah itu jer nak tulis....
Rasanya klu g ioi lgi boleh la makan kt sini lagi....

Thursday, 3 December 2015

Ayam Kurma....


Ni lauk masak pagi2 tadi...
Masak jer..
Terus cedok posing terus....
Biasa la nak masuk blog dlu....
Hahahha sadis kan...

Pestime masak ayam kurma ok sbb xpernah masak...
percaya x???
Mohon percaya ok..
Aku sebenarnya xberapa suka sgt ayam kurma..
Tapi dengan info bbysitter ank aku yg selalu masak kurma
Dia bgtau anak aku suka sgt makan ayam kurma...
So aku sebagai ibu yg prihatin masak la...

Pagi2 td sebelum g keja dah suap anak aku makan..
Mmg betul la ank aku mmg suka makan kurma ni...
So tapaukan jgk utk bdk2 ni makan kt umh bbysitter...
Bawak bekal g opis ckit....
Resepi kat bawah ek...

SUMBER : Diari Farisha

Bahan-Bahan A
1. Kisar/Blender Bawang Putih, Bawang Merah, Halia, Serbuk Kurma Ayam, Air sedikit

Bahan-Bahan B
1. Santan Kelapa
2. Ayam
3.  Bawang Merah yang dipotong dadu
4. Kentang 
5. Bunga Lawang
6. Kulit Kayu Manis
7. Gula, Garam, Ajinomoto

Cara-Cara
1. Tumis Bahan-bahan A. Dah naik bau, masukkan semua Bahan-bahan B
2. Siap!! hehe..senang kan?

Wednesday, 2 December 2015

Laksa....


Hari ni mood merajuk.....
Menci...menci....
Hari ni ponteng keja....
Rasakan....

Benci + sedih + pedih...
hambik ko....
Gara2 sentap ngn boss semalam...
hari ni langsung aku xg keja...
Dok umh masak laksa,,,
makan byk2 utk terapi stress...



Tuesday, 1 December 2015

FullHouse at Giant Cheras



Pestime makan kat Fullhouse....
Jakun gk la sekali masuk tgk siap ada katil bgai...
Anak aku apa lgi terus melompat2 kt katil tu...
Macam biasa order mushtoom soup utk anak2...
Wow sekali tgk mcm sedap...
Bila rasa mak aiii sedapnyer...
Mushroom tersedap aku pernah rasa...
Bila gigit2 sekali ngn almond tu lgi la...


Tengok si abang posing ngn peberet dia....
Mushroom ni mmg dia jer hbiskan....
Siyes mmg sedap...
Aku lgi suka fullhouse punya dari pizza tuhh...


Ni papa punyer...
Chicken chop....
Pestime tgk chicken chop letak sayur pak choi tu...
Dia punya sos sedap....
Sedap jgk...


Ni aku punya....
Spaghetti carbonara mushroom klu xsilap...
Yg ni bagi tekak aku kurang...
Lagi suka en asben punya...
Mmg cmtu la tiap x order mesti yg en asben punya lgi sedap...
Menci tau...


Ni dessert nya...
Mcm biasa la larva cake ngn aiskrim....
So bagi aku mkn kat sini ok la...
Xde la mahal sgt...
Berbaloi la ....