KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 30 November 2015

Carrot Cake..



Ini budak yg suka sgt makan karot kek....
Dia sorg jer makan 2potong....
Karot pun suka...
Apatah lgi bila dh jadi kek...
lagi la...
Belum sejuk lagi dh sibuk nak potong bagai...
Konon2 nak nyanyi lagu berday...
padahal berday dia bulan depan,,,



Ini kek rupa agak sememeh...
Tapi ok lah ada jgk yg nak makan...
Suka sgt bila anak2 suka makan bila mama dia masak...
Mama dia ni dah lama x membaking...
Bila ada org makan cmni rasa rajin plak nak membaking...


Kek Lobak Merah

200 gm tepung gandum atau tepung kek
1/2 sudu besar soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
~ Kesemua bahan ini di satukan kemudian di ayak.  Serbuk kayu manis tu kalau tak nak kuat sangat bau dia boleh kurangkan.

250 gm lobak merah yang telah di parut dan telah di perah.
 ~ Lobak ni kita parut halus, kemudian kita perah dan buang airnaya. Lepas tu baru timbang untuk dapatkan 250 gm tadi

150 gm nenas dalam tin
~ airnya jangan buang sebab kita akan gunakan juga nanti. Nenas ni potong kecil atau cincang kecil, perah sikit arinya dan timbang untuk dapatkan 150 gm adunan tadi.

100 gm almond nibs
~ pangang selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C

40 gm kelapa kering 
80 ml jus nenas dalam tin

240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur A saiz

Kaedah Penyediaan
Putar gula dan telur hingga kembang
Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
Masukkan campuran tepung yang telah di ayak tadi dan kaup balik sempurna
Di dalam bekas lain, satukan lobak merah, nenas, almond dan kelapa kering
Gaul sebati
Masukjkan campuran lobak, almond, nenas dan kelapa kering, kaup balik sebati
Tambahkan jus nenas dan kaup balik sempurna

Sediakan loyang ukuran 8 inc
Lapik loyang dengan kertas pembakar dan oleskan sedikit buter pada loyang
Tuangkan adunan
Bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170C yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit
Bakar kek selama 1 1/2 jam.
Bila dah masak, biar sebentar dalam loyang dan kemudian terbalikan atas redai

Sementara kita tunggu kek kita masak, bolehlah kita sediakan krimnya 

Krim Keju

150 gm *cheese / keju (philadelphia / tatura atau apa2 brand yang halal)
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh lemon paste
*Cedar Cheese untuk hiasan ~ diparut halus( yg ni blh guna kraft, embrog sekadar memberikan beberapa brand, boleh cari di pasaran yg halal)

Pukul *cheese ( philadelphia / tatura)  dan gula aising hingga kembang
tambahkan mentega, vanilla dan pes lemon
Pukul adunan sebati

Friday, 27 November 2015

Nasi Arab at Sunway Pyramid..



En asben sibuk nak makan nasi arab....
So ari mggu ritu bodek en asben g Sunway Pyramid
Bini dia ni nak g populat borong novel...
So sebagai upah kena banjer dia nasi arab
So angguk jer la...
Sesekali banjer en asben kan...
Moga berkat la....

So order la set ni untuk 2org makan...
Campur la kambing ngn ayam
Nasi mandy ngn khabsa cmpur...
Makan la sampai muak...
Rupanya anak2 pun suka nasi ni...
Bertambah2 diorg...

Aku kalau nasi arab ni bukan bleh makan byk2...
Muak weii...
Aku plk siap order salad diorg..
lupa plk nama apa...
Igtkan salad mcm biasa...
Rupanya salad arab ni ada rasa masam2 ckit...
Boleh la makan....tp xde la beria2...

maklumlah aku ni tekak melayu....
Bukannya tekak arab...
Tapi tula aku xpernah tolak rezeki...
Aku makan jer..hihihiih


Thursday, 26 November 2015

Kuetiow Kungfu...


Dinner semalam...
Dikala hujan...
En asben mintk nak makan berkuah....
Ada kuetiow ni sepaket...
Fikir nk goreng bekfes pagi ni ...
tapi xsempat pgi sbb malam dh proses...
Campak je apa dlm peti...
Sayur pun xmeriah..xde la karot ngn putik jagung bgai..
pakai sawi jer yg ada dlm icebox...
nasib jugak ada udang ngn fishball...
So bikin la kungfu...
Sedap makan panas2...
lawan plak cili potong asben request...
Fuhh berasap...

bahan-bahan untuk kuah :

sawi
udang
bawang merah, bawang putih, cili padi
fishball
sos tiram
garam dan perahan limau kasturi secukup rasa
1 atau 2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
1 sudu lada sulah
air

cara penyediaan : 

bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
kemudian masukkan bahan basah seperti udang 
masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. boleh lah juga dimasukkan sekali sawi dan fishball
kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.

bahan untuk kuey teow :

kuey teow yang saiz kecil
1 biji telur
sedikit garam

cara penyediaan :

ambil kuay teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang u olls inginkan dan pecahkan telur di dalamnya. 
masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja. 


Wednesday, 18 November 2015

Simple Lunch...



Lauk simple hari ni....
menu org malas....
Kari ikan bawal ngn bendi byk2...
Sbb my peberet bendi nih....
Peria goreng ngn telur...
My peberet jgk...
Best giler meratah wei...
Dan ada petair jeruk...
Erkk ke jeruk petai  eh...hihihi
Ni peberet asben....
Tersandar kekenyangan akhirnya....


Monday, 9 November 2015

Cucur Nasi Ikan Bilis...


Hujan2 nih dapat plk cucur ni mmg menjadi betul...
Buat kecik2 jer...
Seketui2 masuk mulut...
Tapi yg xfhm tu naper la xgemuk2 mcm CMG...
Bukan CM yg gemuk tp cucur CM...
menci tau cmni....


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.



Wednesday, 4 November 2015

Puding Cendol...



Ni kejadian ari minggu ritu..
Kemain lama peram...
Ekceli ni babysitter bdk2 ni tempah..
Surau ada buat doa selamat ckit untuk budak2 SPM..
So mintk la aku buatkan puding nih....

Teringat plk kt adik bongsu aku yg ambk SPM tahun nih...
Sehari nak SPM boleh plk la demam, lelah...sakit kaki...
Macam2...
Harap2 dapat la menjawabnya walau kesihatan tak mengizinkan....
Ok Chayok2...


Lapisan Cendol

500 ml air
170 gm gula halus
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm )
250 ml santan ~ ita guna santan KARA ( santan KARA ni ita campur air jadikan 250 ml )
secubit garam
30 gm tepung jagung
500 gm cendol

Panaskan 500 ml air dengan gula halus hingga gula larut
Satukan agar-agar dengan 250 ml air dan tuangkan dalam adunan gula, masak hingga agar-agar larut
Satukan santan, tepung jagung dan garam, kacau rata hingga tepung tidak berbintil
Tapis, dan tuangkan dalam adunan agar-agar
Bila didih, tutup api
Biar suam sikit baru masukkan cendol.
Sediakan loyang ukuran 10 x 10 inc
Basahkan dengan air
Tuangkan agar-agar cendol
Biarkan ia mengeras
Sementara lapisan cendol mengeras kita sediakan lapisan gula Melaka

Lapisan Gula Melaka

200 gm gula Melaka
500 ml air
2 helai daun pandan di simpul
250 ml air
1 peket agar-agar  serbuk ( 10 gm ~ 12 gm)
250 ml santan pekat ~ ita guna KARA
secubit garam

Panaskan 500 ml air bersama dengan gula Melaka dan daun pandan
Bila gula dah larut, angkat dan tapis
Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan agar-agar serbuk dan masak hingga agar-agar larut
Tuangkan air gula Melaka yang telah di tapis
Tuangkan juga santan dan secubit garam
Kacau senantiasa supaya santan tak pecah

Sebelum tuangkan lapisan gula Melaka ke atas agar-agar cendol, cucuk dahulu permukaan lapisan cendol atau cakar-cakar permukaannya supaya lapisan gula Melaka melekat dan tidak tertanggal nanti.
Kemudian tuangkan lapisan gula Melaka
Biarkan ia sejuk sebelum di dinginkan dalam peti ais.

Tips dan panduan

Untuk mengelakkan cendol mendap ke bawah, pastikan masukkan cendol dalam adunan santan tu apabila adunan santan telah suam.
Kacau rata baru tuang dalam loyang.

Untuk mengelakkan lapisan daripada tertanggal atau tidak melekat. Pastikan adunan lapisan santan ( cendol ) masih suam ketika lapisan gula Melaka di tuang.
Pastikan juga lapisan atasnya di cakar atau di cucuk-cucuk dengan garfu supaya ia melekat dan tidak tertanggal.