KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday, 8 July 2015

20th Iftar : Trifle Peach...



Ini dessert semalam punya...
Teringin sgt nk makan....
Aku punya simple jer...
Kadang2 tgk org punya trifle kemain...
Meleleh air liur dibuatnya....
Ok lah xnak ckp byk..
kan batal lak posa nih...


1 swiss roll ( potong nipis lebih kurang 1/2 inci ) susun dalam bekas
1 tin buah peach – potong kiub tabur atas swiss roll yang telah disusun.
1 paket agar2 ( clear colour ) masak + gula, siram atas swiss roll, ketepikan. BEKUKAN sekejap supaya tidak bercampur dengan kastard yang akan dituang nanti tetapi jangan TERLALU LAMA, nanti dia terpisah² pula
Tip : kalau terlalu keras – cucuk agar2 tersebut dgn sudu, garfu atau pisau supaya ada ruang untuk kastard bercantum bersama².

Bahan-bahan Untuk Puding Kastard

2 tin susu cair + 1 cawan tepung kastard + 1/2 cawan gula di masak.
Kacau dengan api perlahan sehingga berkilat.
Siram ke atas swiss roll yang telah ditabur buah peach dan agar-agar tadi
Sejukkan dalam peti sejuk.


1 comment:

  1. tadi pun ada terjumpa resepi guna peach. sedap ni.

    ReplyDelete