KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 25 May 2015

Pasta Elbow..Bekalan Anak-Anak...


Ni bekfes Rusydi dan Rizqi hari ni..
Ada lebih ckit bawak umah bbysitter dia..
Makan ngn kawan2 dia...

Ini mmg peberet dia la...
Dalam ni baru bdk 2org ni makan tomato..
Kalau x mmg susah ckit nak makan tomato...
Asyik karot ngn kacang jer...

Oklah resepi simple jer kat bawah..

Bahan-bahan  

500gm - pasta elbow direbus- masukkan sedikit minyak/garam  
500gm daging cincang 
1 botol kecil sos spaghetti / prego tradisional 
2@3 biji bawang besar - dicincang 
5 ulas bawang putih - dicincang/ditumbuk 
3 sudu besar sos cili 
3 sudu besar sos tomato 
1 kiub pati ayam 
Tomato - dipotong kiub -
Sosej - ikut nak byk mana - dipotong menyerong 
Minyak masak 
Garam

Didihkan air dalam periuk,masuk garam 2 sudu kecil,
masukkan spaghetti,masuk 2 sudu minyak.
Angkat setelah spaghetti lembut. 

Panaskan kuali dgn minyak,masukkan bawang putih dan bawang merah.S
etelah naik bau,masukkan sos cili dan sos tomato.
Tumis sampai naik minyak. 
Setelah itu,masukkan isi daging cincang.
Masukkan sedikit air,biar sekejap.
Kemudian masukkan kiub pati ayam 
Then,masukkan sos spaghetti.
Masuk tomato dan sosej.
Gaul rata.
Dan bolehlah dihidangkan bersama elbow.


3 comments:

  1. Mama bijak nak bagi anak makan tomato inilah salah satu caranya. Bila tak nampak bentuk dan masuk dlm makanan favourite mestilah secara langsung dia akan makan..
    Kakak pun suka ni:)

    ReplyDelete
  2. ini dah tentu2 fav dania ni...ntah bila la SA dapat buatkan untuk dia...

    ReplyDelete