Okey la ni lauk dinner semalam...
En somi ada beli ikan siakap..
So bikin stim senang citer..
Cepat pun cepat...
Tq pada tuan empunya resepi...
Aku plk lupa dr mana resepi ni..huhuuh
Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
1 batang serai
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 inci halia
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air
1/2 cwn susu cair
Sedikit cendawan
1 biji tomato
Sedikit kubis bunga
Garam, gula
Daun ketumbar, daun bawang
Cara:
1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
3.Masukkan juga sedikit air.
4.Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
5.Masukkan susu cair, cendawan, tomato dan kubis bunga. Kemudian masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.
6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7.Hidang.