KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 17 March 2014

Laksa..Anniversary yang ke-3...


Sempena anniversary perkahwinan kitaorg hari ni en somi request nk makan laksa...
Nanti malam baru kuar celebrate...
Tak kisah pun aku kalau tak kuar celebrate pun...
Ada dia ngn anak kat umah ni pun xpe dah..
Dengan kandungan aku 9bln ni bila2 masa jer..
 
 

Ingatkan nak buat kek sebijik...
En somi cakap tak payah la,...
Dah buat laksa utk dia pun dia dh bersyukur..
Kek nanti kita beli kt luar je..


 Bahan-Bahan :-)
  • 1 kilo ikan selayang
  • 2 kilo laksa basah - celur sekejap ngan air panas
  • 4 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 8-10 tangkai cili kering*
  • 2 inci belacan*
  • Daun kesom - ambik sedikit untuk blend
  • Bunga kantan - ambik sedikit untuk blend
  • 6 keping asam gelugur
  • Garam dan bahan perasa secukup nyer
  • air secukup nyer
  • Bahan2 yang bertanda * blend dan lumatkan
Bahan-Bahan lain
  • Hirisan bawang besar
  • Hirisan Cili Merah
  • Hirisan timun di hiris kecil memanjang
  • Hirisan daun salad
  • Telur Rebus
  • Limau kasturi
Untuk Kuah Laksa :
  • Bersihkan ikan dan rebus dengan sedikit air dan 4 keping asam gelugur
  • Dalam periuk lain renehkan bahan2 yang telah di blend dan sebahagian lagi daun kesom dan bunga kantan dan juga lebihan asam keping dengan segelas air sehingga hilang bau lada nyer..
  • Untuk ikan yang telah di rebus tadi asingkan isi dan tulang ikan.. blendkan tulang2 ikan hingga lumat dengan segelas air dan tapiskan (teman tapis 2 kali) ambil air nyer dan buangkan sisa2 tulang tu...
  • Masukkan air tulang tadi kedalam periuk yang sedang di renehkan.. teruskan memasak
  • Isi ikan ditumbuk2 agar sebati dan tiada lagi tulang2 halus.. pastu masukan kedalam kuah yang sedang di reneh... teruskan memasak sehingga mendidih dan letakan bahan perasa secukup rasa
  • Sediakan mangkuk letakan laksa dan hiaskan dengan bahan yang telah dihiris tadi sebagai pelengkap dan sendukkan secukup nye kuah laksa kedalam mangkuk... sedia untuk dihidangkan...

6 comments:

  1. No matter how, sy mesti kata buat laksa nie susah, sebab nak kene tapi ikan. huhu. Respek orang masak laksa dan terutama yang meniaga laksa yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tgk resepi mmg nampak remeh...tp bila dh buat xde la susah sgt...tp kalau nak meniaga tuh, fuhhh mmg respek jgk la...hiihih

      Delete
  2. dh lama xmkn laksa..klu dpt mkn xleh benti..1 ari duk ngadap laksa je laa.. sedapnya laksa utara nii ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun...kalau dh buat laksa ni...mmg takde nasi la kt umh ni...smpai ke malam ngadap laksa la....

      Delete
  3. Happy anniversary adda.. semoga perkahwinan adda n hubby berkekalan hingga ke jannah

    ReplyDelete