Adoiii dah 2-3 ari badan dok lemau jer...
Piyed plk dh lambat...
Adehhh risau gk kot ada isi...
Tapi bila nak ikutkan penat asyik keja kt luar..
Cuaca plak kejap panas..
Itu salah satu gk tu..
Takper yang tu kita fikir kemudian....
Nanti kita check yer...
Oklah penat2 pun aku siap merendang bagai...
teringin lak kan..
Sesekali...
Takkan nak tunggu raya jer kan...
Raya lambat lagi...
oklah...
1ekor ayam
500gm Santan
200gm Cili Kering*
10ulas Bawang Merah*
4biji Bawang Putih*
1inci Halia*
2inci Lengkuas*
1inci Kunyit Hidup*
5btg Serai*
2biji Buah Keras*
3helai Daun Kunyit-dimayang
3helai Daun Limau Purut
1btg Serai-diketuk
Kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya
Kisarkan semua barang yang bertanda*
Masukkan bahan kisar kedalam kuali,jerang hingga naik baunya
Masukkan serai ketuk dan ayam,biarkan separuh empuk
Masukkan santan,kacau2 biar mesra daging dan santan
Bila ayam dah empuk,masukkan kerisik,daun limau purut,kacau2 biar rata
Bila ayam dah separuh kering,masukkan garam,gula merah secukup rasa
Masukkan hirisan daun kunyit kacau2 biar mesra
Angkat dari kuali sedia untuk dihidangkan