Sila jgn gelak tgk ayam goreng berempah aku tuh...
Bukan hangit okey...
Tapi taktau la cmne color dia cmtu...
Hahahha....
Okey resepi kat bawah
:
SUMBER : resepibonda
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
3. Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.
Selamat Mencuba