KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 24 May 2013

Nasi Air...


Berpinar ckit bijik mata hari ni sebab tak cukup tido..
Rusydi semalam asyik meragam jer..
Actually dah 2 hari dia tak sihat..
Batuk dan kahak...
Makan pun tak selera..susu pun kurang...
Bagi ubat pulak muntah....
Pagi tadi nak masak bubur kat dia..
Sekali fikir nak wat nasi air jer la..
Dah mama dia pun dah lesu...
SO decided laki bini makan nasi air je la hari ni...

SUMBER : Dapur Malaysia 

Bahan-bahan (nasi) :

1 cawan beras
4 cawan air
3 hiris halia
Sedikit garam


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Kulit kayu manis, buah pelaga
Bunga lawang, bunga cengkih
1 kiub stok ayam

 Minyak masak
Garam
Air



Cara-cara masak nasi :
  1. Cuci beras beberapa kali. Masukkan kesemua bahan dalam periuk. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya nasi tidak hangit. Jika kering, tambah sedikit air.
  2. Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik (macam bubur tapi lebih pekat). Padamkan api bila dah siap.
Cara-cara untuk sup :
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus sehingga layu. Kemudian masukkan air.
  2. Bila mendidih, masukkan ayam, stok ayam dan garam. Masak sehingga ayam empuk. Isi ayam tu bleh carik-carikan untuk letak dalam nasi.
***boleh dihidangkan dengan ikan bilis goreng, sambal kicap, daun sup dan bawang goreng.

2 comments:

  1. salam adda..

    nampak sedap nasi air tu..senang ja nak masak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...sedap jer..kalau cmni banyak ckit rusydi makan..kalau tak susah gk...

      Delete