KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 23 May 2013

Keli Goreng Berlada..


Hari ni tuan rumah puasa..
SO breakfast ngn lunch non ado la yer..
Ni tayang lauk berbuka tadi...
Ikan keli goreng berlada..
Memang peberet aku la ni..
Kalau makan kat kedai lauk ni la aku ambk..
Ikan tu kena goreng garing2....
1st nak makan patahkan ekor dia dulu....
Nyum nyum sedap kan garing2...
Sesetengah tu tak makan ikan keli..
Sebab takut tengok kepala dia cmtu..
Aku ok jer...ikan haruan pun aku telan jer...
Setakat keli apa la sangat..<<<<velagak giler....

Bahan-bahan :
2 ekor ikan keli 
2 sudu besar cili kisar
5 biji cili padi ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
1 biji bawang besar ditumbuk
5 ulas bawang putih ditumbuk
2 batang serai
Garam & gula

 

Cara-cara :
1. Basuh dulu ikan sebersih-bersihnya untuk elak hanyirnya..
2. Goreng dahulu ikan keli sehingga garing..Hati2 yer nanti meletup..ketepikan..
3. Tumiskan bahan yang ditumbuk beserta serai...Kemudian masukkan cili kisar, kacau sehingga masak 
4. Akhirnya masukkan lah garam dan gula..Bila dah masak tuangkan ke atas ikan tadi..


2 comments:

  1. tak merasa la kami ikan keli kat sini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelihara dalam akuarium...nanti membiak boleh la tangkap makan..hihiihi

      Delete