Semalam dah cuti masak..
Hari ni terpaksa la masak gk walaupun lutut still gk sakit lagi..
Kesian plk tgk En Somi ngn Rusydi nak makan...
JAdi aku gagahkan jugak lutut aku ni bangun masak..
Tapi takde la susah sgt...
Aku just sediakan bahan2 smbil duduk..
En Somi yang tolong masakkan...
Mesti korang cakap muda2 dah sakit lutut...
Waaaa sekarang dah xkira muda tua...kalau nk sakit..sakit gk..
Actually lutut aku ni dah pernah injured masa sekolah dulu sebab main bola jaring ngn hoki..
Dah lama tak kena sekarang plk datang balik..
Hari rabu malam tu pergi aerobik..
Sekali kelepap lutu meletup..dah daku pun rebah jua akhirnya...
Nasib baik En Somi ada teman...kalau tak naya aku nak balik...
Nak pergi spital takut..so tahan jer la..juz letak ais malam tu jer...
Ada tak petua nak cepat sembuh ni kekawan...
SUMBER : Majalah Rasa Feb 2012
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan bawal
120 gm tepung jagung | dicampur sedikit garam
1 biji telur | dipukul
Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS :-
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih - dikisar
3cm halia
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
1 biji cili benggala hijau
1 biji tomato - potong dadu
nenas - potong dadu
karot - hiris halus-halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Gaul ikan dengan telur dan tepung jagung.
2.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Sos: Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4. Selepas itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan air , sos cili , sos tomato dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan cili benggala, tomato, nenas dan karot. Kacau rata sehingga sebati.
7. Apabila sudah mendidih, angkat dan tuangkan kuah ke atas ikan.

moga cepat sembuh.
ReplyDeletemujur en somi boleh gantikan tempat adda.
ayu mmg minat makan ikan bawal masam manis... sgt sedap
tima kasih..tu la kalau tak susah nk jaga Rusydi sorang2...
DeleteJg diri elok2 tau..smoga cpt sembuh adda..ikn pn nmpak sedap sgt ..
Deletetima kasih k.zila...air tangan suami...walaupun jarang masak tp tetap sedap..hihiih
Delete