KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 29 November 2016

Paprik Special...



Haaa ni dia lauk org malas...
Semua campak jer...
Ada ayam..ada udang...ada sayur...
Gempak tak???

Bila dah xde idea ni la jawabnya...
Tak payah masak banyak2 lauk...

1/2 ekor ayam – dipotong kecil atau ikut suka
Sedikit udang
4 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 batang serai (dititik)
5 biji cili padi (dihiris)
2 biji limau kasturi – diambil jusnya 
3 helai daun limau purut – disiat2
7 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
sedikit cendawan, jagung muda dan karot
air secukupnya

Cara :

panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing.
masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk berserta dengan cili padi. kacau sekejap.
kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
kacaukan sebati dan biarkan mendidih sekejap. masukkan pula sedikit air.
selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan semua jenis sayuran.
kacaukan dan bila mendidih barulah dimasukkan  bawang besar.
hidang dan hiaskan..

Monday 28 November 2016

Mi Hoon Goreng...



Bekfes pagi ni layan mi hoon goreng...
Resepi ni aku cedok dari umh k.Azie...
Ini pun aku ubah tang sayur ngn bahan ada kt umh jer...
Memang aku suka sgt cedok resepi kat sana...
Apa yg aku buat mmg menjadi la...
Senang pun senang...
Pastu banyak pulak masakan kelate...
Lagi la nyakut ore kato...

ok resepi kat bawah...

SUMBER : Azie Kitchen

Bahan Bahan: 
1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk sotong atau udang 
1 mangkuk karot - hiris memanjang
1 mangkuk kubis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak 

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1/2 genggam ikan bilis - direndam 

Bahan Hiasan:
Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing. 

Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak. 

Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini. 

Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit. 

Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

Monday 21 November 2016

Choc Chips Cookies...



Biskut yang paling banyak dok interframe dlm blog aku ni...
Biskut kegemaran seisi umah...
Hari minggu boleh la dok layan buat biskut...
Hari biasa jangan harap la..
nak masak pun malas...




Nak2 ada pembantu cmni kan...
Maklumlah aku xde geng dapur...
Si abang excited nak cuba buat biskut...
Katanya nanti nak bg kat teacher n friends kt school
So aku bg dia buat,,,
Macam2 bentuk dibuatnya...
Layankan jer la....

1. 2 setengah cawan tepung gandum
2. 1 cawan gula perang 
3. 250g butter
4. Setengah cawan serbuk koko. 
5. 1 biji telur 
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. 1 sudu teh baking powder
8. 1 sudu teh soda bikarbonat
9. 2 cawan chocolate chips 
10. 1 cawan kekacang

1. Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Campurkan dalam satu bekas dan gaul biar rata. Campurkan dengan baking powder dan soda bikarbonat. Letak tepi.
2. Pukul butter dengan gula perang sampai creamy.
3. Dah creamy, masukkan telur dengan esen vanilla.
4. Pukul lagi sampai puas hati. Dalam 3, 4 minit.
5. Campurkan dengan adunan tepung-tepung tadi. Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis. Guna senduk.
6. Masukkan chocolate chips ngn kacang pulak. 
7. Sudukan jer kecik2 letak atas loyang.
8. Bakar.


Monday 14 November 2016

Lemak Nenas Dengan Udang..



jom lunch....
udang dengan nenas...
dr semalam kecur liur nak makan nenas....
kalau ada udang galah ni lgi sodap......

makan ngn ikan masin, ulam ngn sambal belacan...
yummy....

Bahan-bahan

500gm udang 

3 ulas bawang kecil 

1 genggam cili api 

1 inci kunyit segar

700 ml santan segar/kotak

½ biji nanas muda

Secukup rasa garam




Cara-cara penyediaan

1. Potong nenas kecil-kecil kemudian rebus , tapis dan ketepikan.

2. Kisar cili api, kunyit, bawang merah dengan 1 cawan santan. 

3. Masak bahan kisar dan lebihan santan sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan nenas dan udang. Biarkan mendidih

5. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.


Monday 7 November 2016

Spaghetti With Tomato Sauce...



Spaghetti pulak.....
Peberet Rusydi ngn Rizqi...
Kalau dapat yg ni seharian la dok ulang makan...
Bila buat sendiri suka hati mak nenek jer la nak letak meatball banyak mana...
So tak payah nak berebut meatball bagai..
Meatball ni aku kirim dekat tukang urut indon yg dekat umh ni...
Dia selalu buat bakso...
So aku kirim dia belikan kt member dia...
Yang kecik dan yang besar...
Yang kecik dalam 100 biji 
Yang besar lupa lak brapa..rasa dlm 30biji kot...
Total aku bagi dia rm30....
Daging cincang plak aku tukar ngn daging beger...
Rembat jugak daging beger adik aku...
Dia kan jual beger...so sonang...hahahah

Resepi ni aku tak guna prego...
Nampak dekat satu blog ni...
Nampak menarik dia buat home made sauce...
So aku try buat....
Siyes en asben pun suka...
Cuba la buat confirm sedap punya...



Ingredients:

1 Bowl boiled spaghetti

1 handful of Ground beef
1/5 big white onion - chopped
2 clove garlic - chopped
4 helai fresh basil leaves
Olive oil/vege oil
Salt & pepper
Chili flakes (optional)
Oregano
Ketchup
Dried parsley*
Mozarella cheese*

p/s- * means optional for finishing

1. Didihkan air campur sikit garam. Sediakan semangkuk besar air sejuk atau air paip sebelah air didih tu. Bila dah didih, rendam tomato untuk 10 saat. After 10 saat, terus keluarkan tomato tadi, rendam dalam air sejuk. Masa tu, kulit tomato akan senang tertanggal. Tanggalkan semua kulit tomato.
2. Buang biji tomato, potong tomato kecil2, tak perlu sama bentuk atau size. Just roughly chopped.
3. Panaskan minyak dalam pan lain. Tumis bawang putih separuh dari yang dah di cincang tadi dan white onion sampai naik bau, masukkan tomato tadi dan chili flakes jika guna. Biarkan sampai mendidih, tutup api.
4. Masukkan tomato dengan bawang dalam blender. Masukkan juga basil leaves, some salt and pepper. Blend sampai semua hancur.
5. Dalam pan tadi, panaskan minyak, tumis bawang putih yang tinggal sampai naik bau.
6. Masukkan ground beef, masak sampai daging tukar color merah gelap. Kemudian masukkan sos tomato yang dah blend tadi.
7. Masukkan sedikit oregano, salt and pepper, dan ketchup secukup rasa.
8. Bila dah mendidih dan sedikit pekat, boleh tutup api. Tuang atas spaghetti yang dah boiled. Taburkan dried parsley and mozarella jika gunakan.