KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday 22 January 2013

Apam Pisang Coklat



Adoiii penat aku taip td...
Sekali pc opis ni mati plk..
Terus kehabisan idea aku...
Dah tak bleh nk fikir dah terus jer layan resepi kat bawah ni..
Apam ni aku lupa plk ambk dari mana...
Maaf la yer sebab dulu main salin jer resepi dlm buku...
Kalau sesiapa tuan dia yang sesat kt sini..
Mintak halal yer resepi nih...huhuuh...


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu makan cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
1 cawan pisang dilecek la yer..
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula perang
 2 biji telur 



Cara-cara :


Panaskan kukusan.
Masukkan gula perang, telur & minyak jagung..pukul seketika..
Masukkan pula pisang, tepung gandum, serbuk koko , soda bikarbonat, baking powder, garam sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.


Saturday 19 January 2013

Chocolate Mint Cake


Untuk pengubat hati yang frust ku ni..
Lahirlah chocolate mint cake nih..
Terubat la ckit hati aku ni tgk belang-belang tuh...
Tapi ada gk belang tak menjadi...
Tapi xper untuk percubaan pertama okey la..
Memang tak rugi aku cuba nih..
Rasa dia mmg best dengan rasa mint nya..
Memang terbaik la resepi Che Mat nih...
Terima kasih la Che Mat coz share resepi yang sgt sedap nih..
Mintak copy kt sini lak yer..


Sumber : Che Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
120 gram gula halus
1/2 camca besar ovallate
15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
1 camca besar serbuk koko*
1 camca teh coklat emulco*
1/2 camca teh esen vanilla*
3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Sedikit pewarna hijau
3 titik perisa pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...








Thursday 17 January 2013

Pulut Seri Kaya...Frust Tertonggeng


Adoiiiii tension ni....
Pepagi ni dok tayang kuih aku ni..
Tak tau la naper leh jadi cmni...
Percubaan pertama yang tak menjadi..
Rasa mcm nk nangis guling-guling...
Kenapa lapisan telur tu takde?
Siap bercmpur-campur..
Ntah apa la silap aku nih...
Dah la ni kuih peberet En Hubby...
Pagi tadi dia ckap "okey la nih cubaan pertama..
Sedap apa....
Lain kali buat lagi sedap..."
Sajer jer la tu tak nak bagi aku sentap...huhuuhuh...
Resepi takde la yer sbb tak menjadi..
Tggu aku buat smpai jadi baru taruk resepi...

Nasi Kuning


Pestime masak nasi kuning nih...
Ya Allah kemain lagi bertambah laki bini...
Bukannya apa ni..nasi ni ada aroma sendiri..
Aku makan ngn ayam goreng dan fishball soup jer...
Pastu buat sambal belacan itu jer..


Sumber : Kak Madihaa & K.Amie

Bahan-bahan:
5 pot rice cooker beras wangi siam
2 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu serbuk kunyit
1 kiub ayam
500ml pati santan 

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan serbuk pati ayam Tumix ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.



Tuesday 15 January 2013

Nasi Goreng Cina


Buat apa kekawan yg kat umah tu?
Mesti dh siap menu petang dah...
Hulur-hulur la kt sini ckit...
Ni aku tayang menu breakfast pagi td...
Ni jer yang sempat nk buat..
Senang dan cepat dimakan...

Bahan- bahan : 

2 biji telur (dipukul)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji lada merah
isi ayam 
3 sudu sos tiram
1/2 kiub pati ayam
Kacang peas
3 cawan nasi


Cara-cara :

Panaskan minyak dan goreng bahan yang ditumbuk hingga naik bau kemudian masukkan telur.

Kacau-kacau supaya telur hancur. Goreng hingga ramuan sebati.
Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
Masukkan nasi yang dicampur dengan telur tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan kacang peas dan kacau.
Masukkan sos tiram, pati ayam dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh dihidangkan. 







Monday 14 January 2013

Nasi Mentega



Adoiii lama kemain yer nak masukkan en3 nasi nih..
Actually nasi mentega ni aku makan ngn ayam sambal ngn telur sebelum nih..
Memang sedap tau nasi mentega nih..
Memang tak rugi la kalau cuba...

Sumber :CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..



Friday 11 January 2013

Ayam Pedas Bersalut Telur




Adoiii punyer la lama nk masukkan en3 nih..
Takde idea punya pasal...
Menu ni aku wat makan ngn nasi mentega...
Ambk dr umah K.Ummi Kuantan..
Actually semua serai tu K.Ummi tumbuk..
aku plk lupa nk tumbuk serai...dah tumis bahan-bahan baru teringat..
Apalagi versi ketuk la jawabnya..
Ampun KUmmi sebab derhaka..huhuuh
So untuk makan ngn nasi mentega..
Aku bagi dia kuah byk2 ckit..
Kalau nak kering ckit  bleh tgk versi K.Ummi ni..

Sumber : K.Ummi Kuantan & Kak Rinn


Bahan:-
400 gm ayam - cuci bersih dan dipotong kecil-kecil
4 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 cm lengkuas - tumbuk
3 batang serai - potong kecil & tumbuk
2 sudu besar cili kisar
2 camca besar air asam jawa
1 1/2 sudu gula/secukup rasa
garam secukup rasa
2 biji telor

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili benar masak dan pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak ayam hingga kuah pekat. Pecahkan telor ke dalam masakan dan kacau sehingga telor menyaluti keseluruhan ayam. Tutup api dan sedia dihidangkan.




Monday 7 January 2013

Udang Supreme



Haiii kekawan semua..
Dah dinner ke semua...
Hari ni mmg takde selera betul nak makan...
Actually otak ni penat dok fikir masalah..
Fikir cmner nak hilangkan rasa sakit hati nih...
Kalau orang lain bleh jgk lari jauh-jauh..
Tapi kalau dah sedara mara..lari jauh cmner pun cmtu gk...
Aku tak faham betul la...
Dengan adik beradik sendiri pun nak dengki-dengki..
Walaupun adik beradik tiri..
Ko dengki-dengki pun esok-esok adik beradik ni la jugak ko mintk tolong...
Tak faham betul aku..
Dah la penat otak aku jer...
Layan la menu aku nih..
Buat udang cmni ada jgk selera nak telan nasi...
Memang betul-betul menggamit selera...
Actually K.Ummi dia cincang halus..
Aku plk malas nk cincang, ku tumbuk jer terus..

Sumber : K.Ummi Home Sweet Home & K.Sherry


Bahan:-
500 gm udang (dibersihkan dan buang urat belakang, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit)
3 tangkai cili merah (cincang halus)
3 tangkai cili hijau (cincang halus)
1 biji bawang besar (cincang)
1 inci halia (cincang halus)
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap cair
minyak untuk menumis
sedikit garam (jika kurang masin)


Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng udang terlebih dahulu sehingga bertukar warna kemerahan (jangan terlalu lama, nanti udang terkeras lak). Angkat dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan cincang hingga garing dan naik bau. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair. Kacau sebentar dan masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan seimbangkan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang.





Agar - Agar Pandan Santan




Bahan-bahan
1 peket agar-agar tali 
180 ml air
1 1/2 cawan gula
1 sudu perasa pandan
1 ikat daun pandan - blend dan ambil airnya
1 biji telur
1 1/2 cawan santan pekat



Cara-cara
Masak agar-agar dan gula dengan 1800 ml air
Biarkan agar-agar dan gula betul-betul hancur
kemudian masukkan perasa pandan dan jus pandan untuk menjadikan warna hijau
sementara menunggu agar-agar hancur, pukul telur bersama santan dan secubit garam
apabila agar-agar dah hancur, masukkan telur dan santan kedalam campuran agar-agar
kacau rata perlahan-lahan, kemudian tutup api
masukkan agar-agar yang telah siap kedalam acuan, biarkan sejuk dan keras.





Saturday 5 January 2013

Nasi Tomato




Rasa cm kejap jer keja dh cuti...
Suker suker...saper tak suka cuti oiii...
Hari ni teringin nk wat nasi tomato..so godek-godek la kt dapur..
Actually ni pestime aku wat..Ikut la versi CMG..
Risau sgt takut tak jadi sebab aku byk derhaka...Nyaris-nyaris la jgk td tak jadi..
Aku letak dlm periuk elektrik..
Bila dh periuk tu off aku bukak la tgk aik naper ada air ckit lgi..
Nampak cm bubur lak dalam periuk tuh...Cuak beb..
Aku angkat masak plk atas dapur..tggu smpai air kering..
Nasib baik kering..tp cm lembik ckit sbb aku tak guna beras basmathi..
Tu la pasal derhaka sgt...lain kali kena ikut betul-betul...huhuhu
En Hubby lupa nk beli so bantai la beras siam wangi..
Tanya En Hubby cmner rasa..dia ckp ok jer...
Ok jer manjang kalau tnya dia..takut bini dia sentap kot kalau cakap tak ok..hahaha..
Nasi tomato ni aku gadingkan dengan ayam masak merah..
Tak payah resepi la yer sebab semua orang konpem pandai nya..
Aku punya versi biasa2 jer...


Sumber : CMG

Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair (mat guna santan)
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus (mat cuma titik kan saja halia tu)
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras (mat lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-
Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....



Friday 4 January 2013

Lontong



Alahai hari dah malam baru nk tayang breakfast pagi td..
Teringin nk makan lontong..
So apa lgi godek2 la sendiri buat..
Nk wat kuah kacang tak pandai la plk.huhuh...
So nk jimat masa aku letak jer smbal daging yg aku beli masa blik kg ari tu..
Layan ngn sambal daging jer la..
Sedap gk..Hihihihi...


Bahan- bahan : 

Santan secukupnya
udang hidup, buang kulitnya
2 biji lada merah
1 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah,
1 inci kunyit hidup
segenggam udang kering ditumbuk
2 batang serai, dititik
sedikit fucuk dan suhun, direndam
1 ikat kacang panjang
½ biji kobis
3 keping tempe

Cara Membuatnya :

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi
Masukkan udang dan kacau hingga udang masak
Kemudian masukkan santan, garam dan serbuk perasa diikuti sayur-sayuran, suhun dan fucuk serta lada hidup dan bawang besar. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
Angkat & hidangkan dengan nasi impit.



Wednesday 2 January 2013

Kek Coklat Kukus....Pembuka Tahun Baru 2013




Bahan-bahan :

1 cawan susu cair 
1 cawan serbuk koko 
1 cawan susu pekat 
1 cawan gula 
1 s/k serbuk penaik
1 sudu esen vanilla 
1 cawan minyak
1 cawan tepung gandum 
4 biji telur

Cara-cara :

Masukkan gula, minyak & telur. Putar sehingga adunan sekata dan kembang.
Masukkan susu cair & susu pekat diikuti dengan esen vanilla.
Kemudian masukkan serbuk koko & tepung gandum berselang seli.
Bila adunan dah sekata bolehlah dikukus.