KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday 31 December 2012

Kerabu Epal



Disebabkan tak puas lagi meratah kerabu sebelum ni..
Aku bikin kerabu sekali lagi..
Tapi kerabu epal...
Selalu orang buat cmpur mangga..
Tapi umah aku ni plk takde mangga...
So redah jer la kan...
Janji terubat anak tekak aku...



Bahan-bahan :

1 biji epal hijau
1 biji cili merah, dihiris
5 biji cili api dihiris
3 ulas bawang merah, dihiris
1 labu bawang besar saiz sederhana, dihiris
sos ikan
gula
perahan asam limau nipis

Cara-cara : 

Sediakan semua bahan, campurkan di dalam mangkuk besar.
Masukkan sos ikan dan gula secukup rasa. Berhati-hati masukkan sos ikan sebab sos ni dah agak masin.
Sedia untuk dihidang. 


Sunday 30 December 2012

Kerabu Sotong Mangga



Tengok sotong ada 3-4 ekor..kecik2 plk tuh...
Nak goreng kan rasa cm ckit plk..
So kita jadikan kerabu cmpur ngn mangga...
Memang ada mangga ckit kt umh ni..Tapi mangga masak la plk..
Manis lak tuh...
Masak pun masak la..janji ari ni aku nk telan kerabu...
Sedap plk tu ratah-ratah...
Memang tak cukup...Macam nk buat lagi jer rasanya...

Sumber : BlogResipi


Bahan-bahan :

250 gram sotong, di rebus dan di tos dahulu
1 biji mangga muda, dicincang
1 biji cili, dihiris
5 biji cili api (kalau suke pedas boleh tambah), dihiris
3 ulas bawang merah, dihiris
1 labu bawang besar saiz sederhana, dihiris
segenggam daun ketumbar dihiris
sedikit daun bawang, dihiris
sos ikan
garam dan gula
perahan asam limau nipis

Cara-cara : 

Sediakan semua bahan, campurkan di dalam mangkuk besar.
Masukkan sos ikan, asam limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Berhati-hati masukkan sos ikan sebab sos ni dah agak masin.
Sedia untuk dihidang. 



Saturday 29 December 2012

Sotong Goreng Special



Sumber : K.Ayu Singapore


Bahan-bahan :-
3 ekor Sotong 
Daun kari secukupnya 
1 sudu kecil Serbuk kunyit 
1/2 tsp Halba 
 1/2 sudu kecil Biji sawi 
 1 biji Bawang besar dihiris nipis 
 1 Bawang putih diketuk 
 1cm Halia dipotong halus 
 2 Cili dihiris nipis 
 Garam & Gula secukup rasa 
  
Cara-cara:-
Gaul sotong bersama serbuk kunyit dan garam hingga sebati. Perap selama ½ jam.
Goreng sotong hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali sama, tumis bawang putih bersama halia hingga naik bau.
Masukkan bawang besar, halba dan biji sawi. Kacau hingga bawang layu.
Masukkan daun kari. Goreng hingga daun kari garing.
Masukkan cili. Apabila cili layu, masukkan sotong.
Gaul sebati dan hidang.-

Wednesday 26 December 2012

Taugeh & Tauhu Goreng Kicap



Dah 2 hari asyik malas jer nak masak...
Lemah betul nk kedapur...
Aduhaiiii hari ni pun masak lauk simple jer..
Goreng cmni jer...pernah tgk kekawan goreng cmni..
Tapi aku xgoreng dulu tauhu tu..
Terus cmpak jer sbb nk rasa lemak2 tauhu tu..
Erkk!!! Tauhu rasa lemak ker?..
Ape-ape jer la..


BAHAN-BAHANNYA :
2 keping tauhu keras 
Taugeh 
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris halus
3 biji cili padi
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis


CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis tadi hingga garing. 
Tumis bawang besar, cili hiris dan bawang putih hingga harum.
Masukkan sos tiram, kacau dan masukkan kicap, tauhu dan ikan bilis tadi. 
Gaul rata dan masukkan taugeh, masak pantas dengan menggaul hingga taugeh sedikit layu. 
Angkat dan hidangkan..

..

Sunday 23 December 2012

Banana Muffin...Pejam Mata Kalau Tak Sanggup Nak Tengok..




Jangan terkejut laa nengok muffin aku yg comot sesgt2 nih..
Ni la bila dipanggil air tangan lelaki...
Adoiiii tak tergamak nk upload...
Tapi yang lelaki yer suh jgk upload sibuk nk tunjuk air tangan diorg...
Konon2 nk ikut CMG la konon,..
Nengok la kejadiannya...
Aku tolong bancuh jer semua...
Yang En Hubby ngn adik laki aku nk la tolong masukan dalam cup...
Tengok la tuh..cup pun dah xnampak ruper..
Isi dalam pun xsama rata..


BAHAN2
2 cawan tepung gandum
1 camca besar baking powder
1 1/4 cawan gula perang
1 biji telur 
1 cawan susu segar 
1/2 cawan mentega cair
1 cawan pisang, dilenyek
1 camca besar coklat paste 
Coklat chip untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA 
Masukkan tepung gandum, baking powder dan gula perang dan gaul sekerika.
Dalam bekas lain satukan telur, susu segar dan mentega pukul hingga sebati.
Kemudian tuangkan  adunan kedalam adunan sebelum ini  dan gaul rata.
Masukkan pisang lenyek dan coklat paste tadi dan gaul. 
Tuang ke dalam muffin cup tadi sehingga 3/4 penuh, tabur dengan coklat chip, bakar selama 25 minit atau hingga masak.


Wednesday 12 December 2012

Ketupat Sotong Versi Ganu



Request dari En Hubby semalam...
So hari ni jadi la peberet dia nih...
Balik keja tadi tgk dia dh rendam pulut dah..
So senang ckit keja bini dia nih...
Alhamdulillah dh tggl separuh dah laki aku kerjakan...
Lagi separuh igt nk bwk g umah bbysiter esok ntah sempat ke tak ntah..
Takut pagi esok dok tggl lidi tu jer...huhuuh..


Bahan-bahan:

10 ekor sotong 
1 cawan beras pulut yg sudah dibasuh bersih
1 sudu kecil halba
2 cm halia } dimayang halus
3 ulas bawang merah } dimayang
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
Garam dan gula secukup rasa
btg lidi sepanjang 2 cm secukupnya

Cara membuatnya:

1. Beras pulut direndam dlm santan pekat dgn sket garam sekurang-kurangnya 2 jam
2. Kemudian masukkan beras kedlm sotong sehingga hampir 1/2 badan sotong
3. Semat dgn lidi supaya beras tak keluar
4. Selepas tu masukkan santan cair dan sotong
5. Rebus hingga sotong hampir masak
6. Kemudian masukkan lebihan santan pekat, halia, bawang merah dan halba ,garam dan sket gula
7. Renehkan sehingga kuah agak pekat boleh lah diangkat.


Sunday 9 December 2012

Kek Pisang Bercoklat



Kemana yer kekawan semua ari ahad..
Ada yg nk gi FAMA Putrajaya nk makan buah..
Aku pun teringin gk nk pergi..
Tapi hujan la plk..sbb anak kecik lgi kita dok umah jer la diam..
Hujan2 ni perut pun mula la lapar padahal dh melantak nasi dh 2pinggan ngahari td..
Masuk dapur tgk apa nk di wat..tgk pisang ada lgi ckit...
Fikir nk wat cekodok tp adik aku lak nk kek..
So godek2 umah K.Nor Secubit garam dpt la resepi nih..
Coklat masakan xde ku bantai guna Cadbury aci x?
Hahahahha...janji coklat gk kan...
Siap jer xnyempat sejuk terus potong...
Fuhhh bestnya makan panas2...terasa coklat tu cair...
Fuhhhh meleleh okey....Sedap sesangat...
Tak rugi tau cuba...

Sumber : K.Nor Secubit Garam


Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara:
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.










Saturday 8 December 2012

Mee Goreng Basah




Dah lama asyk masukkan en3 bisu jer kan..
Bukan apa, xde masa nk taip2...
Penat betul sekarang..adoiiii...
Hari ni wat mee goreng basah untuk breakfast..
Kalau ada lada jeruk lagi best...


Bahan-bahan 

1 paket mee kuning
6 ekor udang basah
sedikit dada ayam 
4 btg sawi
1/2 btg lobak merah
cendawan
1 sb pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
2 biji telur
garam, gula & ajinomoto


Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk dada ayam  & udang gaulkan sebati dan di ikuti dgn telur.
Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. .
Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi,lobak merah & cendawan, 
Kemudian gaul2 mee kuning. Gaul seketika & tutup api.
Sedia dihidangkan.


Thursday 6 December 2012

Kacang Panjang Goreng Dengan Hati Ayam




secekak kacang panjang 
1 btg lobak merah
5 kpg hati ayam 
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/3 cawan air
garam

Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang putih hingga wangi dan keperangan.
Masukkan serbuk lada hitam dan kicap manis.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan hati ayam.
Goreng hati ayam seketika dan masukkan air.
Biarkan mendidih dan kering sedikit air baru la dimasukkan kacang panjang dan garam.
Kacau hingga rata & angkat...


Muffin



Sumber : Kak Wana Potret Kasih


1 cwn butter
1 1/3 cawan gula
6 biji telur
3 cawan tepung
1 sd baking powder
1 susu kecil garam
1 cawan susu segar
1 sudu teh  esen vanilla

Cara penyediaannya

Panaskan oven 170 c dan sediakan paper cup.
Pukul gula dgn butter hingga kembang
Masukkan telur satu per satu.
Masukkan tepung yang di ayak dengan serbuk penaik dan garam.
Masukkan adunan ke dalan cup cake dan bakar  selama 18 – 20 minit.



Friday 30 November 2012

Ikan Masak Taucu 2



Sumber : Mekna Blog


Bahan-bahan

5 - 6 ekor ikan kembong (atau apa2 ikan yang digemari)
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, hiris - hana tmbh cili padi bijik2
1 camca besar sos tiram
1 keping asam gelugor
1 1/2 camca besar taucho
1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati
1 cawan air
Garam dan gula jika perlu

Cara-cara

1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
3. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera.



Ikan Masam Manis 2



Sumber : Konda Kondi


Bahan-bahan:


1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

BAHAN UNTUK SOS:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1/2 lobak merah
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara memasak:

1.       Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.

2.       Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.

3.       Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.

4.       Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

5.       Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

6.       Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.

7.       Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.



Kari Ketam Tumis Darat


Sumber : Rinnchan Fotopages


Bahan-bahan : 

6 ekor ketam 
3 biji bwg merah, 3 biji bwg putih, 1 inci halia..ditumbuk lumat 
Satu paket Rempah Kari 
Air secukupnya 
Santan pekat 
sekeping asam gelugur 
Garam secukup rasa 
Beberapa hirisan nenas, dimasukkan kemudian sedikit 

Bahan2 utk ditumis garing : 
Sedikit minyak masak utk menumis 
2 biji bwg merah, dimayang 
2 biji bwg putih, dimayang 
5 tangkai cili kering, di potong dua 
3 pelepah daun kari, dilurut 
2 sudu besar rempah halba campur 

Cara-cara : 
1. Campurkan semua ketam, bahan2 tumbuk, air, rempah kari dalam periuk dan didihkan. 
2. Masukkan santan, asam gelugur dan garam secukup rasa. 
3. Sementara masakan mendidih, boleh lah sediakan bahan2 tumis. 
4. Setelah garing ditumis, masukkan kesemuanya ke dalam masakan kari tadi. Kacau sebentar. 
5. Tutup kuali dan padamkan api. 



Ayam Masak Kari


Sumber : LinRosly & Ummi Zaihadi


Bahan2:-
1/2 Kilo Ayam (Lebihkurang 6 Ketul Sederhana Besar)
1 Paket Rempah Kari Daging/Ayam Adabi ) *Bancuh
2 Cawan Santan Pekat ) Bersama
3 Sudu Besar Cili Kering Yang Dikisar
1 Sudu Kecil Serbuk Ketumbar
2 Cawan Santan Cair
3 Sudu Besar Air Asam Jawa
2 Biji Cili Hijau - Belah
3 Biji Kentang - Belah 6
Garam Secukup Rasa 
Lobak merah 

Bahan Kisar:-
5 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
2 Cm Halia
2 Cm Lengkuas
1 Biji Buah Keras

Bahan Tumis:-
1 Batang Kulit Kayu Manis
2 Kuntum Bunga Lawang
3 Kuntum Bunga Cengkih
3 Biji Buah Pelaga
3 Batang Serai - Dititik

Cara2:-
Panaskan Minyak Dan Tumis Dulu Bahan Tumis. Kacau Sebentar Dan Masukkan Bahan Kisar. Kacau Hingga Naik Bau. Masukkan Rempah Kari Bersama Santan Pekat Tadi. Kacau Dan Masukkan Cili Kisar. Masak Dengan Api Perlahan Hingga Rempah Naik Minyak. Masukkan Ayam, Gaul Rata Dan Mesra. Masak Lebihkurang 10 Minit. Masukkan Air Asam Jawa, Kentang Dan Santan Cair. Masukkan Garam Secukupnya. Biar Mendidih Dan Perlahankan Api. Bila Kuah Agak Pekat Dan Kentang Telah Lembut, Masukkan Cili Hijau Dan Tutup Api.


Sunday 25 November 2012

Cincuan Ikan Masin



Gara-gara nk habiskan ikan talang yg tergolek2 tu dok godek2 dapur Kak Noreen cari resepi apa la nk habiskan ikan talang ni...
Last2 jumpa la masak cincuan ni...
Aku mmg xpernah cuba..
Pestima la nk mencuba nih...
Sedap gk makan lak ngn sup tadi...
Fuhh berpeluh2 kitaorang makan


Sumber : Kak Noreen


Bahan-bahan (satu family):

150gm ikan talang masin - dihiris 2sm
4sm halia - dihiris halus
1 biji bawang besar - dihiris halus
150ml air diperah bersama dengan
1 sudu teh asam jawa
1 sudu makan gula pasir
1 biji cili merah - dihiris serong
1 biji cili hijau - dihiris serong
minyak masak
sedikit garam jika perlu

cara:

panaskan minyak, goreng ikan hingga masak dan angkat
tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan halia, bawang besar hingga wangi
masukkan air asam jawa, gula pasir, cili merah dan cili hijau
kacau selama 1 min kemudian masukkan ikan talang tadi
sedap dimakan bersama nasi panas2


Apam Cantik Manis



Ni menu breakfast pagi td...
Gatal tul nk meng"apam"...pestime nk cuba...
Okey la ckit dari cheese kek yang sememeh bagai tuh...
Ahakksss....comel2 jer sbb aku wat kecik2...
LAki aku sekali ngap jer sbb kecik...
Rusydi pun makan jer...suker betul dia makan...
Mama nya plk mana pernah wat...
Cuak betul mak dia kalau bab2 buat kuih ngn kek nih..
Cuak kemain..mcm nk beranak jer di wat nya..ahahhah
Layan la resepi kt bawah...

Sumber : suejoshua & Mamafami..


BAHAN-BAHANNYA:

1 1/2 telur - dipukul sedikit
120 gm gula kastor
120 gm fizzy drink (7up, sprite atau cream soda)
1/2 s/t esen vanilla
155 gm tepung
Sedikit pewarna
Kertas cawan secukupnya atau acuan

CARA-CARANYA:

Panaskan periuk pengukus.
Pukul telur sehingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi hingga ringan.
Masukkan tepung dan kaub balik perlahan, masukkan fizzy drink dan diikuti dengan esen vanilla, kacau sehingga sebati, dan diletakkan pewarna.
Sudukan adunan kedalam kertas cawan atau acuan.
Kukuskan selama 15 minit.




Marble Cheese Kek



Frust okey....
Jgn dok gelak yer tgk cheese kek aku nih...
Rupanya mmg sememeh okey...cmpur lak ngn aku xpndai nk me'marble'kan nya...
Tapi rasa mak oiiiii sedap okey...berulang-ulang makan aku laki bini...
Siap laki aku perli lgi..kalau tgk rupanya mmg xhingin nk makan..sedih okey...
Tapi aku pksa gk dia makan..hambi kkk ko xcukup seloyang....

Sumber : Jiya, Kak Nor, Kak Hana & Umifeeza


Bahan-bahan:

Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:

Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist.




Wednesday 21 November 2012

Kek Coklat Kukus



Sekarang dok kecoh pasal peperangan kat Gaza...Aduhai hati aku betul2 tersentuh....Sampai nangis kadang2 tu tengok gambar anak-anak kecil di bunuh tanpa belas kasihan...Ya Allah begitu zalim rejim zionis nih...Semoga Allah turunkan lah azab yang setimpal kepada rejim zionis tuh...Aku hanya mampu berdoa dari sini jer..


Sumber : Teratak Chetam & Noormasri


Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :
- Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.
- Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.
- Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.
- Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .








Saturday 17 November 2012

Kek Cawan Vanilla


Bestnya bersenang lenang cuti kat umah kan..
Tapi ramai jgk yang ambk cuti balik kampung..
Maklumlah cuti kemain lgi byk..so ramai la yg ambk cuti...
Hari ni masak simple jer..tp hari ni terlebih rajin nk wat kek cawan..
Hari ni dalam sejarah k..ahahha...
Pestime wat ni tau...Aku ambk kt miss ad MyR...
Tapi yang aising jer ak xwat la sebab takut xjadi..
Tggu dah pro ckit baru cuba..hahahha...
Tapi En Hubby dh ckp xnk letak aising sebab dia xsuka...
Ni pun wat setengah adunan jer sbb nak mencuba..
Kan kalau tak menjadi kan saper lak nk makan byk2..
Hujan2 ni cicah ngn teh o sedap gk...khikihkih




Bahan-bahan ( 35 biji )

  • 150 g mentega
  • 185 g tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla



Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
  4.  Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
  5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C







Tuesday 13 November 2012

Ikan Bawal Masam Manis


Selamat hari deepavali untuk penganut hindu & rakyat Malaysia...
Ingat dulu masa kerja kt tempat lama...kawan2 yang sambut deepavali mesti bawak something ke opis untuk kawan2 rasa...
Aku la paling byk mentekedarah maruku hehehhe...
Biasala jenis muka tak malu ni...
Ni menu dinner aku malam nih...
Aku kan tak brapa reti nk masak resepi canggih manggih nih..


1 ekor ikan bawal
1/2 inci halia ( dihiris)
1 biji bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih ( dihiris)
5 biji cili api ( di potong)
1 biji tomato  ( dipotong dadu)
1/2 batang karot ( dipotong dadu)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan sos ikan 
Cara penyediaannya
1. Lumur garam dan serbuk kunyit pada ikan bawal kemudian goreng keemasan, angkat dan ketepikan.
2. Untuk sosnya, tumis bahan hirisan hingga wangi, kemudian masukkan semua sos dan karot yang dipotong dadu.
3. Bila mendidih, masukkan tomato yang telah dipotong dan tutup api.
4. Tuang sos masam manis pada ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan.