Resepi ni dah lama dalam list...
Hari ni baru nak jalankan operasi..
Nampak macam asam pedas jer kan...
Aku pakai ikan pari jer...
Sebab en somi pergi beli ikan pari...
Lantak la kan...
Alhamdulillah sedapppp...
Kena ngn selera aku...
Tak rugi mencuba okey...
SUMBER : K.MaDiHaA , K.Amie , Chef Florence
Bahan-bahan:
175ml minyak
0.5 liter air
35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 kg / beberapa keping ikan tenggiri
3 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 sudu teh gula
1.5 sudu makan serbuk ikan bilis
10 biji bendi
Bahan kisar
halus:
25 tangkai cili kering
300 gram bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2.5cm lengkuas
4 batang serai
1.5 sudu teh serbuk belacan
Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan
cili
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar
halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan
tersebut mendidih.
3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan
dan renihkan selama 8 minit.
4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ikan.
Biarkannya sehingga ikan masak. Sebelum dipadamkan api, masukkan kacang bendi & tunggu hingga bendi lembut.
5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi
citarasa masing-masing.
No comments:
Post a Comment