KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 9 May 2014

Daging Masak Hitam Ala Mamak....


Salam Jumaat semua.....
Rasa lama plk tak masuk en3 ni...
Nak wat cmne takde masak special pun...
Hari ni masak lauk kegemaran en somi...
Dah brapax masak lauk ni...
Memang menepati citarasa kami...
Tapi hari ni terkering ckit sbb sibuk ngn si kecik ni nk menyusu...
Dia kalau menyusu memang lama....nk melekap jer...
Nasib baik tak hangit dAGING aku...
Okey lah resepi kt bawah yer...


 Bahan Utama  

400 gm daging ~ dipotong nipis 
1 biji kentang di potong 6 
Minyak Masak 
Rempah 4 sekawan  

Bahan A
6 tangkai Cili Kering Dibelah 2, buang biji n Direndam seketika supaya lembut ~ (Nak Pedas,leh letak lebih) 
2 ulas Bawang Putih Dihiris Nipis
6 ulas Bawang Merah Dihiris Nipis 
1 Inci Halia Dihiris Nipis 
1 Sdt Jintan Manis(Biji) 
1Sdt Ketumbar(Biji)  

Bahan B
1 Batang Serai Diketuk 
2 Sdb Tomato Soup Kimball  
1 Sdb Tomato Puree 
6 Sdb Kicap Masin Cap kipas Udang 
5 Sdb kicap Manis Cap Kipas Udang 
1 Sdb kicap ABC 
Garam Gula n perasa jika perlu. tapi aku xletak dah..
 
Bahan C
1 Sdb Minyak 
2 Ulas Bawang Merah Dihiris Nipis 
1 Ulas Bawang Putih Dihiris Nipis 
Daun Kari  

Cara-cara menyediakan  
1. Goreng bahan A dengan sedikit minyak hingga layu n naik bau, sejukkan seketika & blend hingga halus dengan menggunakan sedikit air n minyak gorengan tadi. 
2. Dalam mangkuk @bekas yg sesuai, perapkan seketika bahan kisar n sedikit daun kari bersama daging yg dipotong nipis. 
3. Panaskan kuali, masukkan daging yg diperap tadi, kentang n semua bahan B. Biarkan masak dalam api perlahan supaya pecah minyak. Tambah air jika perlu. Masak hingga agak kering sedikit. 
4. Setelah daging n kentang empuk, tutup api letakkan dalam pinggan yg sesuai, ketepikan dahulu. 
5. Dalam kuali yg lain masukkan minyak, tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan, masukkan daun kari kacau2 kejap & terus tuang ke dalam pinggan daging tadi. Bolehlah dihidangkan bersama nasi@roti..


No comments:

Post a Comment