KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 16 May 2014

Biskut Chocolate Oats Crips...


Sesi menghabiskan sedikit oat yg ada ni...
Sebelum expired baik la buat cookies ni...
Pestime mencuba....
Alhamdulillah rusydi suka sgt....
Tak rugi ku mencuba...
Boleh jadi salah satu biskut raya tahun ni...
Senang dan sedap...
Buat plk ngah malam....
Gambar pun xberapa cantik...
Maklumlah cahaya lampu + camera plk cap hayam jer...
Tu yg nampak gelap je biskut ni...nak kata hangit xde la hangit plk....
Oklah aku panjangkan plk resepi ni kat sini yer...

SUMBER : K.Mas Duniaku / MakLang Azie / Izahdaud / Kak Zana

 
Bahan :
  • 130g tepung gandum - ayak
  • 30g tepung jagung - ayak
  • 20g serbuk koko -  ayak
  • ½ sk serbuk penaik - ayak
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak 
  • ¼ sk garam
  • 90g Quaker Oat Segera
  • 4-5 sudu nestum 
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
  • 1/2 cawan choc chips
Cara membuatnya :
  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit 

No comments:

Post a Comment