Alhamdulillah dah berapa hari cheras ni hujan...
Ni pun baru lepas hujan...
Hujan2 nih perut pun berkeroncong...
Bikin pizza pun sodap...
Bila pizza nih memang resepi CMG la ku guna...
Memang gebu wooo.....
Tapi cm biasa la pic aku biasa2 la...
Memang xleh banding ngn CMG la...
Aku memang surrender awal2....hihihiih...
SUMBER : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 gram tepung gandum
6 gram yeast segera (mauripan)
10 gram gula halus
1 1/2 camca besar madu
1 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam
170 ml air suam (dan lebih sedikit jika perlu)
20 gram mentega
Sedikit tepung untuk ditabur
BAHAN-BAHAN TOPPING :-)
Hirisan atau parutan keju mozarella secukupnya
2 tin ikan tuna, toskan
2 cawan nenas yang dipotong kecil
1 biji cili merah dhiris nipis
3 batang sosej dihiris nipis
Sos tomato secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH PIZZA :- Satukan tepung gandum, yeast, gula halus, bread improver dan garam dalam mangkuk adunan, putar sebati. Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah mentega dan adun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik cling. Biar doh naik (kurang lebih 45 minit).
- UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 200C. Keluarkan doh, uli sekejap. Bahagi doh pada 2 bahagian. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ambil1 bahagian doh, canai sedikit, kemudian alih ke dalam loyang bulat yang telah disapu sedikit minyak zaitun. Tekan2 doh tadi sehingga memenuhi loyang dan pastikan kelilingnya sedikit tebal. Buat kaedah sama untuk 1 bahagian lagi.
- Sapu sos tomato secukupnya, tabur 1/2 bahagian ikan tuna, 1/2 bahagian nenas, cili merah dan juga sedikit sosej. Tabur keju mozarella atasnya (yang ni ikut anda samada nak banyak atau kurang). Bakar 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan boleh dihidangkan bersama sos kegemaran anda...
salam Adda, akak pun pernah guna resepi dari cmg ni memang gebus kan, topping tu akak tukar sikit sbb anak2 tak suka nenas hee
ReplyDeleteWassalam Kak Noor....
Deletebetul xrugi cuba mmg gebu sgt...
topping tu ikut kita la nk letak apa...janji sedap dimakan...
Adda, bestnya.. walaupun pic x best tp mmg nmpk best.. Alycia tak pernah lg pun try buat pizza..
ReplyDeleteNi mood gatal tangan la nih....cuba buat sendiri..
DeleteAlhamdulillah menjadi...nanti boleh la Alycia cuba....hihi