Tayangan ayam masak merah hari ni...
hari ni bawak bekal ke opis...
Nasi ngn ayam masak merah jer....
Sodap....
1 ekor ayam - lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
2 sudu besar sos cili
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
250 ml air
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Hiris
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
2 cm halia - dihiris jadi 3 keping
Bahan dikisar Halus
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering - direbus sebentar kemudian dikisar
4 biji bawang besar
2 cm halia
Cara Memasak Ayam Merah Sedap
#1: panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu da harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
#2: masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.
#3: selepas tu bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika.
#4: masak sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati. bolehlah tutup api.
#5: angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani. Mmmmmm Sedaaaaaapp.
No comments:
Post a Comment