Sangat2 teringin nak makan pulut mangga...
Hari tu g makan kat Suraya Kg Baru...
Kemain suka budak 2org ni...
So balik semalam singgah beli mangga...
Balik terus tanak pulut....
Waaa kemain Abg Rusydi makan pulut mangga ni...
Sampai licin pinggan....
SUMBER : resepi bonda
2 cawan beras pulut – rendam 3 jam
1 1/2 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
2 helai daun pandan (disimpulkan)
3 sudu makan gula pasir
Mangga Harum Manis (Apa-apa jenis mangga pun boleh janji masak ranum)
Cara Memasak:
Masak Pulut –
1. Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak.
2. Kemudian masukkan 1/2 cawan santan yang telah dicampur dengan garam serta daun pandan yang disimpul dan kukus pulut sehingga masak.
Kuah Santan –
1. Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir.
2. Apabila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.Bila agak pekat tutup api.
3. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.
No comments:
Post a Comment