KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 16 January 2017

Ketupat Sotong....



Hari minggu hari tu pergi pasar...
Nampak lak sotong kemain segar2..
So en asben terus beli...
then request nak makan ketupat sotong....

Bila fikir2 dah lama rasanya tak makan ketupat sotong...
Rasanya masa balik kampung time raya ritu jer...
Raya posa lak tuh....
Uisshhhh terliur weiii...

SUMBER : k,azie

Bahan bahan:
Beras pulut secukupnya - basuh dan rendam sekejap
8 ekor sotong - asingkan kepala dan badan
Santan
1 ketul gula melaka - potong kecil
1 sudu gula pasir
Secubit garam
Daun pandan


Cara cara:
Rendam beras pulut sekejap bersama santan dan sedikit garam. Tapi saya hanya rendam dengan air dan garam jer.

Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih.

Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.

Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam. Masak sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak.

2 comments:

  1. Tak pernah makan ketupat sotong...Takut nk cuba sbb die manis.. hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa lagi... harus cuba satu hari nanti :)

    ReplyDelete