Rasa nak makan manis2...
Ni la desert paling sonang nih ha....
Sodap pun sodap..
Rasanya desert ni datang dr indon kan...
Kalau xsalah la kan....
Hihihiihih...
Aku tau makan jer...
Yang simple2 cmni bleh la wat...
SUMBER : Kak Rohah
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
2.Masak dalam periuk/ kuali atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3.Matikan api.Sudukan bubur sum sum ke dalam bekas yang sesuai.
4.Hidangkan bersama air gula merah.Sedap di makan ketika sejuk.
Air Gula merah/ Sirap
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan
Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2.Tapiskan.
No comments:
Post a Comment