KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday, 6 December 2013

Masak Lemak Ayam...



Rasanya dah banyak kali kat umah ni wat masak lemak...
Aku plk memang suka hirup kuahnya yg lemak2 pedas gitu...
Ni pun aku adjust resepi CMG...
Asalnya CMG wat masak lemak kupang ngn pucuk ubi..
Aku plk g tukar guna ayam...



BAHAN-BAHANNYA :
1/2 ekor ayam
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
3 biji cili merah
10 biji cili padi
3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk, bersama2 serai titik dan bahan kisar halus, kacau rata.
  2. Tuang santan cair dan tambah isi kupang. Masak hingga mendidih. Jika nak lebih kuah, tambah sedikit air. Masukkan asam gelugor. Kacau dan tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil.
  3. Tambah garam, secukup rasa dan sedikit gula. Masak lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng.

Thursday, 5 December 2013

Sotong Goreng Belacan.....


Masak apa hari ni semua....
Aku ni dah tak tau nak masak apa dah....
Nasib baik la aku tak pernah ada alahan nak masak @ makan bila pregnant ni...
Kalau tak lagi la terhad...
Nasib baik semua dipermudahkan bila pregnant ni....
Hari ni buat goreng sotong belacan...
Dah ramai rasanya masak sotong ni...
Senang pun senang...
Sedap pun sedap....
Asal seafood jer semua bagi aku sedap...hihiihih

SUMBER : Ezadlieza

Bahan-bahan
  • 5 ekor sotong saiz besar
  • 2 biji cili hijau, hiris serong
  • 1/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
  • Sedikit air, untuk kuah
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Tuesday, 3 December 2013

Daging Nasi Kandar....


Baru siap mengemas umah...
Kita relax sekejap sambil update blog....
Dari pagi kemas umah tak siap2..
Maklumlah anak laki den ni rajin menyepah...
Kemas2..sepah balik....fenat ooooo...
Ngah2 membuyung ni memang tak larat nak wat keja cepat...
Semput weiii....baru 5bln dah semput...
Lagi 4bln cmne nak hadap ntah....
Setakat ni berat tak naik lagi...jadi xde la penat sgt kot...
Asyik menurun jer...Nak cakap tak makan kan rasanya tiap masa mulut ni dok mengunyah...
Lapar jer manjang..kadang2 ngah malam pun tak bleh tido kalau datang kebulur...
Ok ari ni menu lunch daging nasi kandar..
Sebab tgk dalam tv orang tu makan nasi kandar...
Aku plk memang tak pernah makan...
Tengok daging dia mcam terliur...
Godek2 cari resepi.jumpa...terus bikin...
Alhamdulillah sedap....siap ratah2 lagi...
Tadi pun bantai roti 3keping cicah ngn kuah...
Sebelum tu nasi dah sepinggan...
Korang tengok cmne gaya mak buyung ni melantak....hahahha...

SUMBER  : Farnas @ Deli Sweetsour & MyResepi

Bahan-bahan :

• 1 kg daging
• 30 biji cili kering
• 1 sudu serbuk jintan putih
• 1 in halia
• 10 ulas bawang putih
• 10 ulas bawang merah
• 10 biji bawang besar
• 2 batang serai
• 2 tangkai daun kari
• 2 helai daun pandan
• 1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
• 1/4 cawan kicap manis
• 1/2 cawan minyak masak
• 3 biji tomato dihiris
• asam jawa, garam
• sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih

Cara-cara :

1. daging di potong kecil-kecil
2. bawang kecil, bawang putih halia di kisar
3. bawang besar dikisar berasingan
4. cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
5. panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
6. masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
7. apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
8. kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
9. apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina

 


Friday, 29 November 2013

Nasi Goreng Ulam....


Breakfast pagi ni ngn nasi goreng jer...
Lunch plk bantai jer nasi goreng ni...
Petang sikit baru kita masak.....
Nasi goreng ni nak sama jer aku tgk ngn nasi ulam...
Tapi versi aku ni digoreng plk...
So jadi la nasi goreng ulam...
Bahan-bahan pun yg sedia ada jer...
Lebihan nasi goreng semalam, ikan goreng semalam aku tumbuk jer cm biasa...
Sambal belacan plk yang selalu dapat bila tapau nasi goreng mesti en somi mintk smbal belacan..
Sambal belacan tu la yang aku guna....
Memang versi campak2 la...

Bahan-bahan : 

5 cawan nasi - nasi semalam punya
3 ekor ikan goreng - ditumbuk
2 biji bawang merah - di mayang halus
4 s/b sambal belacan
3/4 kubis - dihiris nipis
5 urat kacang panjang - dihiris nipis <urat ke yer..hihiih>
3 helai daun kunyit - dihiris nipis
3 helai daun limau purut - dihiris nipis
Garam dan gula

Cara - cara : 

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan sambal belacan dan diikuti dengan bahan-bahan yang dihiris. Kacau seketika.
3. Kemudian masukkan ikan goreng yang ditumbuk.
4. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul sehingga rata. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul lagi.
5. Angkat dan hidangkan.




Thursday, 28 November 2013

Muffin Pisang......


Dah siap dah me'mapin'kan pisang pg ni...
Actually ada la pisang dh 2ari xberusik,...
So menjadi la mapin nya...
Pisang ni memang peberet Rusydi...
Bangun pagi dia boleh hbiskan 3biji pisang...
Lepas tu kemain la dok membuangnya...
Bila dah siap mapin ni...dh 2ketul masuk perutnya.....
Resepi ni aku ambk dr K.Nonie...
K.Nonie guna pisang tanduk....
Aku guna pisang biasa jer..erkkk sebenarnya tak tau pisang nama apa...hihiihih
Sukatan gula pun aku kurangkan sbb mengikut kata K.Nonie resepi ni manis...
So aku kurangkan la gula sbb nak bagi Rusydi makan....
Budak2 tak elok makan manis sangat....
Bukan budak jer...orang dewasa pun....

SUMBER : Nonie Supian

Bahan-bahan
3 cawan pisang tanduk yang telah dihaluskan + secubit garam
1 cawan gula halus
1/4 cawan air gula hangus
1 1/2 cawan marjerin
3 biji telur (saya guna gred A)
4 1/2 cawan tepung gandum + 3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila
coklat rice untuk hiasan

papercup untuk muffin

Cara-cara membuatnya
Campur gula dengan marjerin, pukul sampai kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji dikuti dengan pisang dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung diselang seli dengan air gula hangus. Kaup balikkan hingga rata. Masukkan ke dalam acuan muffin (paper cup)3/4 penuh. Tabur coklat rice dan bakar dengan suhu 180 darjah C, selama 25-30 minit atau hingga masak. 


Tuesday, 26 November 2013

Kerabu Sotong.......


Dah siap ker menu ngahari hari ni...
Hari ni aku masak simple jer...
Dah takde idea dh nak masak....
Juz kubis masak lemak, ikan goreng ngn kerab sotong...
Kerabu sotong ni dah banyak kali aku buat...
Memang aku ngn en somi suka ratah2 jer....
Kena plk ada rasa masam2 dia tu....
Memang kena la ngn tekak mak buyung ni.....



Bahan-bahan :

500 gram sotong
3 s/b air limau nipis/kasturi
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan
1 sudu teh gula pasir

Bahan hiris :

1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji buah tomato
2 batang serai

Cara:
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan. 

Saturday, 23 November 2013

Sup Ayam Hadnyai....


Dari semalam tekak rasa asyik mual jer...
Pagi ni lagi la....rasanya morning sickness tu dah lama dah hbis....
Adoiiii bila tekak dok rasa macam2 ni....
Mula lah anak tekak aku meragam nak makan itu ini....
Kejap sate, kejap burger....macam2...hahahaha
Nak makan nasi terasa malas sebab aku takut terburai semua...
Fikir2 pagi tadi lunch nak bikin sup...
Boleh hirup sup.....
Dok godek2 tergoda ngn sup hadnyai...
Aku suka sangat versi2 siam ni sebab rasa masam2....
Fuhhh sekali hirup kuah tadi memang kaw2 best woooo...
Kalau lagi pedas...lagi sedap...
Sebab sup2 ni memang peberet rusydi jgk aku xletak banyak la cili...
Kan melalak plk anak teruna aku tu....
Patut la dah ramai yang mencuba sup cmni....
Memang sedap rupanya.....

SUMBER : Tun_Telani

bahan2:
  • Ayam (utk 2-3 org)
  • 3 ulas Bawang putih, 5 ulas bawang merah, 3 cili api, 2 cm halia, 1 cm lengkuas = blend.
  • 1 batang serai = ketuk
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
  • 2 biji bunga lawang, 4 biji buah pelaga,1btg kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
Cara-cara
  • Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai hingga naik bau
  • Masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata ,tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri.
  • Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  • Tambahkan garam secukup rasa
  • Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan.
  • Perahkan sedikit limau nipis.
  • siap!