Waaa mengookies aku ni...
Actually ni petang semalam punya keja...
Dah boring nk jgk menggodek2 kat dapur...
Si Rusydi suka sgt makan biskut...
Kejap chipsmore, kejap tiger...
Ikut perangai papanya suka menguyah..
Masa dok membakar ni dah brapa ketul masuk mulut 2beranak tu....
Alhamdulillah sedap kata en somi...
Setakat ni resepi yang aku cuba semua menepati citarasa aku...
Cuma kejadian jer la sememeh...hihiih
SUMBER : Kak Suzana @ Cooking With Soul / Majalah Saji
Bahan-bahan
- 250 gm.mentega
- 100 gm.gula aising
- 80 gm.serbuk koko
- 50 gm.tepung jagung
- 200 gm tepung gandum
Cara membuatnya
- Ayak tepung gandum , tepung jagung dan ketepikan .sementara itu panaskan oven.
- Campurkan mentega,gula aising dan pukul hingga kembang.
- kemudian masukkan pula tepung jagung dan tepung gandum.
- Gaul rata hingga adunan menjadi doh yang lembut dan sesua untuk di terap.
- Selepas itu ,canai dan terap adunan tadi mengikut citarasa.
- Untuk hiasan,taburkan manik warna- warni di atasnya.
- Bakar di dalam oven pada suhu 160'C sehingga masak.Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
wahhh sedap tu kak..biskut koko.. sekarang ni takde tunggu raya..rasa ngidam buat je..
ReplyDelete