KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 14 November 2016

Lemak Nenas Dengan Udang..



jom lunch....
udang dengan nenas...
dr semalam kecur liur nak makan nenas....
kalau ada udang galah ni lgi sodap......

makan ngn ikan masin, ulam ngn sambal belacan...
yummy....

Bahan-bahan

500gm udang 

3 ulas bawang kecil 

1 genggam cili api 

1 inci kunyit segar

700 ml santan segar/kotak

½ biji nanas muda

Secukup rasa garam




Cara-cara penyediaan

1. Potong nenas kecil-kecil kemudian rebus , tapis dan ketepikan.

2. Kisar cili api, kunyit, bawang merah dengan 1 cawan santan. 

3. Masak bahan kisar dan lebihan santan sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan nenas dan udang. Biarkan mendidih

5. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.


Monday, 7 November 2016

Spaghetti With Tomato Sauce...



Spaghetti pulak.....
Peberet Rusydi ngn Rizqi...
Kalau dapat yg ni seharian la dok ulang makan...
Bila buat sendiri suka hati mak nenek jer la nak letak meatball banyak mana...
So tak payah nak berebut meatball bagai..
Meatball ni aku kirim dekat tukang urut indon yg dekat umh ni...
Dia selalu buat bakso...
So aku kirim dia belikan kt member dia...
Yang kecik dan yang besar...
Yang kecik dalam 100 biji 
Yang besar lupa lak brapa..rasa dlm 30biji kot...
Total aku bagi dia rm30....
Daging cincang plak aku tukar ngn daging beger...
Rembat jugak daging beger adik aku...
Dia kan jual beger...so sonang...hahahah

Resepi ni aku tak guna prego...
Nampak dekat satu blog ni...
Nampak menarik dia buat home made sauce...
So aku try buat....
Siyes en asben pun suka...
Cuba la buat confirm sedap punya...



Ingredients:

1 Bowl boiled spaghetti

1 handful of Ground beef
1/5 big white onion - chopped
2 clove garlic - chopped
4 helai fresh basil leaves
Olive oil/vege oil
Salt & pepper
Chili flakes (optional)
Oregano
Ketchup
Dried parsley*
Mozarella cheese*

p/s- * means optional for finishing

1. Didihkan air campur sikit garam. Sediakan semangkuk besar air sejuk atau air paip sebelah air didih tu. Bila dah didih, rendam tomato untuk 10 saat. After 10 saat, terus keluarkan tomato tadi, rendam dalam air sejuk. Masa tu, kulit tomato akan senang tertanggal. Tanggalkan semua kulit tomato.
2. Buang biji tomato, potong tomato kecil2, tak perlu sama bentuk atau size. Just roughly chopped.
3. Panaskan minyak dalam pan lain. Tumis bawang putih separuh dari yang dah di cincang tadi dan white onion sampai naik bau, masukkan tomato tadi dan chili flakes jika guna. Biarkan sampai mendidih, tutup api.
4. Masukkan tomato dengan bawang dalam blender. Masukkan juga basil leaves, some salt and pepper. Blend sampai semua hancur.
5. Dalam pan tadi, panaskan minyak, tumis bawang putih yang tinggal sampai naik bau.
6. Masukkan ground beef, masak sampai daging tukar color merah gelap. Kemudian masukkan sos tomato yang dah blend tadi.
7. Masukkan sedikit oregano, salt and pepper, dan ketchup secukup rasa.
8. Bila dah mendidih dan sedikit pekat, boleh tutup api. Tuang atas spaghetti yang dah boiled. Taburkan dried parsley and mozarella jika gunakan.


Monday, 31 October 2016

Soto Ayam....


Rajin pulak bersoto ari minggu ritu...
Aku mmg suka makan soto ngn nasi impit...
Bleh makan ngn mihun..mee....
Oklah tak bleh nak cakap banyak...
kejap lagi nak turun warehouse stock take...
ponat....

SUMBER : iresepi

Bahan-Bahan:

Bahan untuk rempah tumis kuah soto:
3 biji bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
6 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah

Bahan untuk dikisar halus:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 ketul kunyit hidup

Bahan untuk kuah :
1/2 senduk minyak masak
1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
1 mangkuk santan pekat
1 jug air

Bahan untuk dihidangkan soto ayam
3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
bawang goreng
suhun, goreng hingga garing
isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
daun sup, hiris kecil
daun bawang, hiris kecil
cili merah, hiris nipis
kacang tanah, goreng dalam minyak
begedil

Bahan untuk kuah kicap bercili
1 mangkuk kecil kicap manis
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.

Cara untuk cili kicap:
Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.




Wednesday, 26 October 2016

Nasi Jagung...



Dah lama tak masak nasi jagung....
Balik semalam mood rajin...
Masak nasi jagung utk bekalan kat opis esk....
Aku makan ngn ayam bakar jer....
Ikut korang la rasa nak makan ngn ayam masak merah ke apa ker...
Ikut rasa tekak..hiihih




SUMBER : nannie

BAHAN-BAHAN:
 4 cawan beras basmathi 
5 cawan air 1 biji jagung segar - ambil biji jagung saja 
1 cawan susu cair 
2 helai daun pandan - disimpul & ikat 
20 biji gajus - dikisar 
4 sudu besar mentega 
1 sudu besar minyak sayur 
Garam secukup rasa 

BAHAN TUMISAN DIKISAR : 
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
 1 inci halia 

CARA MEMASAK : 
Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . 
Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit kemudian ditos ketepi kan dulu . 

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua mentega dengan minyak dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Terus masukkan air dengan jagung , daun pandan dan biarkan sampai air mendidih . 

Kemudian masukkan semua beras , gajus yang dikisar , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .




Tuesday, 25 October 2016

Sambal Tempe, Terung Dan Ikan Bilis....



ni la menu kegemaran aku..
Aku mmg suka makan nasi panas2 dengan lauk kering2 cmni...
Fuhh terangkat ko....
Simple jer...
Tapi yang simple ni la boleh buat berat aku naik berkilo2...

Monday, 24 October 2016

Lawar Terung Bersama Ikan Pari...



Pestime tgk dlm fb ada org masak ni nampak cm sedap...
gigih ku cuba google resepi ni....
Lastly nampak kat umh k.izah....
fuhhh.....

Mula2 aku bakar dlu terung tuh...
Sekali bakar...semerbak bau terung bakar dlm umh...
Fuhhh kemain sedap bau weiii.
Kalah segala bau minyak wangi mahal tuh...
Kebetulan ada la ikan pari ckit lebih buat asam pedas ritu...
Aku bakar sekali..nak cmpur kengkonon...

Dah siap masak.....
Ku goreng plk ikan pekasam yg beli online ritu...
pastu sambal ikan bilis kentang....

Fuhhhh korang dapat bayangkan x???
Makan ngn nasi panas2.....
adoiiiiii......nikmat ooo...

SUMBER : Izah Daud

2 biji terung purple size sedang
* bersihkan, jangan dipotong. Terus aje bakar terung bersama kulitnya. Bakar sehingga kulit bertukar hitam dan lembik texturenya. Angkat terung, potong menggunakan sudu, dan kukut isinya menggunakan sudu. Ambil isi sehingga tinggal kulit hitam sahaja.
Ikan pari pun sama....aku bakar then potong kecik2...

1/2-3/4 cawan santan pekat sedang* kelapa diperah menggunakan air masak. Kalau beli santan mentah kena masakkan dulu la. Biasa untuk menu ni saya perah kelapa guna air masak, sebab menu ni tidak dimasak. 
2 ulas bawang kecil-hiris
garam secukup rasa
cili padi*optional


Campurkan santan bersama bawang dihirs dan cili padi. Perasakan dengan garam. Kemudian tuang ke dalam isi terung yang telah diasingkan dari kulit. Gaul2kan rata dan hidang.

Thursday, 20 October 2016

Puding Cincau Rose...



Memuding plak kita kan...
Puding ni dah biasa buat...
Selalunya color ijau...
Puding pandan cincau..
Ni kita kasi tukar color...
Jadi cm bandung lak ek....
Kasi pemes nama sikit Rose...
sebab letak sirap Rose...hahahha

1 pack agar-agar bertali
1 tin susu cair
1 liter air
1 cawan gula
1 cawan cincau yg dah dicingcang
Sirap

1. Masak agar2 dengan air hingga hancur.

2. Kemudian masukkan gula dan susu cair.

3. Ambil 2 cawan agar dan letakkan beberapa titik sirap.

4. Masukkan kedalam loyang dan biarkan sejuk sedikit, taburkan cincau yg dicincang tadi.