KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Monday, 26 September 2016

Pasta Bakar...


Haaa ni pestime ku membuatnya....
Dah lama tengok org buat...
Tapi xberani...
Rupanya senang jer....
Goreng jer mcm goreng spaghetti...
Cuma tambah mak nenek chesse...n telur...





Tengok kemain cheese tuh...
Memang hancur diet sebulan...


SUMBER : dapur malaysia

Bahan-bahan (5-6 orang)

250 g pasta (makaroni, rigatoni atau chifferi)
300 g daging cincang
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 biji lobak merah – dipotong dadu
1 batang seleri – dipotong dadu
250 g tomato puri
250 g sos tomato
Garam dan lada hitam
Minyak untuk menumis
Mozzarella cheese
1 biji telur

Cara-cara

Rebus pasta sehingga masak, kemudian toskan. Gaul pasta dengan sedikit butter atau minyak.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, lobak merah dan seleri. Goreng sehingga daging masak.
Masukkan tomato puri, sos tomato, lada hitam dan garam secukup rasa.
Masukkan pasta dan kacau hingga sekata. Tutup api dan biarkan seketika. Masukkan pasta ke dalam acuan.
Pecahkan telur dan kacau hingga sekata. Ratakan telur ke atas pasta.
Ratakan mozzarella cheese ke atas pasta.
Bakar pasta ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200 celcius selama 20-25 minit.

No comments:

Post a Comment