KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 1 September 2016

Ayam Masak Kicap...



kat umah aku ni lauk cmni pun dah sedap...
ayam masak kicap utk org yg malas cm aku....
hhihihi...


Bahan bahan :

ayam
sebiji ubi kentang
karot
cendawan shitake
1 biji bawang besar
3 biji cili merah
2 sudu besar cili kisar
Lada Hitam
Rempah penumis (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
Kicap Pekat 
Sos tomato 
Sos tiram 

Bahan bahan dikisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara cara penyediaan :

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan hilang bau cili.

2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati kemudian masukkan 2 gelas air masak.

3. Setelah masakan mendidih, masukkan sedikit serbuk lada hitam, kentang, karot, cendawan,  bawang besar dan cili tadi. Akhir sekali masukkan ayam  yang telah digoreng bersama kunyit sebelum ini. Kacau beberapa minit dan matikan api. 

No comments:

Post a Comment