Lasagna roti???/
Haa siyes mmg betul...
Aku rasa ramai yg tau...
Cuma aku jer yg kelewatan selalunya utk cuba resepi....
So disebabkan adik aku kt kg ada datang...
so mula la nk mencuba resepi nih...
At least klu x berapa nk sedap..
Aku bleh buli dia suh hbiskan...
Hahahah....
Tapi ternyata sedap rupanya....
Aku pun siap makan byk gk...
Pastu ada bawak utk bbysitter ank aku sekali...
Ni klu aku tmbahkan byk lgi isi2nya..
Konpem lgi sedap...
SUMEBR : Linapg
3 biji kentang di potong dadu kecil (lina pg rebus kentang hgg empuk bersama 1/2 sk garam)
500gm daging cincang (lina pg gn 4 keping daging burger)
1 biji bawang besar (lina pg cincang halus)
3 ulas bawang putih (lina pg cincang halus)
1 biji tomato (lina pg tambah rcp asal xde) dadu kecil
1 sudu besar serbuk kari (jadikan pes)
1 sudu besar cili giling (lina pg tambah rcp asal xde)
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti (lina pg gn 12 keping roti)
500ml susu segar
3 biji telor (lina pg gn 4 biji telur gred B)
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)(lina pg gn cheese mozarella)
Sedikit margerin untuk melenser
Cara-cara
Tumis bawang hingga layu,masukkan cili giling dan kari.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging.
Biarkan hingga daging empuk.
Masukkan kentang.Kacau sebati.
Sesuaikan rasa Satukan Susu+telor+secubit garam
Pukul susu+telor+garam hingga sebati
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi (lina pg just celup jer tak ramas pun)
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat (lina pg bako suhu 160 selama 20min..tu pun rentung gak hihi)
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis
Assalamualaikum Adda, hmmm..menarik resipi lagsana versi mudah tu..ala2 roti lapis daging ye..kmaz suka klu yg jenis cepat dimsk sedap dimkn..
ReplyDelete