KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday, 17 June 2015

FETTUCCINE GORENG...


Tekak western plk yer rini...
Ambik la sepinggan buat makan petang...
Esok dah tak boleh makan dh..
nak kena tunggu malam baru boleh makan yer...

Selamat berpuasa la semua yer...
jangan buat2 lupa pagi esok masak bekfes kul7 plk..hihih..

BAHAN-BAHANNYA 

150 gram pasta Fettuccine
1 camca besar cili boh
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 cawan air
Sos ikan jika perlu
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA 

Rebus pasta dalam air mendidih yang diletak sedikit garam, hingga pasta lembut atau anda boleh ikut cara merebus pada paket pasta.  Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan kuali dengan minyak zaitun, masukkan bawang besar, dan bawang putih,  Tumis hingga harum. Tambah cili boh, sos cili thai dan sos tiram, kacau rata, gaul dan tuang air. 
Masukkan pasta dan gaul rata, guna api sederhana, kemudian rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit sos ikan. Masak sekejap dan boleh diangkat. 

No comments:

Post a Comment