KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Friday 17 October 2014

Udang Masak Lemak Kuning...


Hari ni kita kasi gulai lemak kuning udang plk yer...
Lwan plk ngn budu dan petai dari kampung..
Fuhhh sedap ooo...

BAHAN-BAHAN :

500 grm udang kertas sederhana besar
3 biji ubi kentang
1 batang karot
3 cawan santan pekat
1 keping asam keping

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
1 batang serai-dititik


CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua udang dan potong karot dan kentang . Masukkan santan pekat dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan masukkan kentang dan karot. Biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah . Masukkan udang dan asam keping bersama garam secukup rasa , 

-Kacau kuah supaya kuah tidak pecah minyak . Bila dah masak boleh la di tutup api dapur.


2 comments:

  1. udang memang sedap adda dimasak apa pun kan sbb benda mahaii ni mmg sedap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak noor...masa beli udang ni murah..minggu lepas nk beli xjdi sbb mahal sgt...hihihi

      Delete