KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday 23 October 2014

Ikan Masak Asam....


Dah lama tak masak resepi dr Chef Hanieliza nih...
MaKAN ngn nasi panas sedap nih..
Tapi ni versi simple sngat..
Guna jer apa je bahan dlm umh...
Kalau ikut resepi kt bawah ni konpem lagi sodappp...

SUMBER : Ezadlieza / Chef Hanieliza

IKAN MASAK ASAM 

Bahan

2 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
[boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.


4 comments:

  1. memang sedap.. feveret kat umah ni.. tapi lam pantang pun akak makan camni gak.. amat berkhasisat

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo dlm pantang pun bleh makan ek..xtau plk..klu x masa pantang ritu dh jdi menu gk nih...

      Delete
  2. assalam adda,
    baru hari tu masak ikan masak asam..memang menyelerakan...bertambah2 nasi dibuat nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam k.ayu...tu la kan..bila makan lauk2 simple cenggini pun bleh tambah nasi..lauk yg wow2 tu xtau la nk ckp cmner..hihiih

      Delete