Salam jumaat semua....
Makan daging la plk rini...
Buat daging goreng bercili plk...
Daging cili aku ni plk terlebih kicap....
Tu nampak gelap semacam jer...
Tapi lantak la kan...hihihi
Makan ngn nasi panas2 sedap ni weiii...
Tak rugi cuba resepi K.Wana nih...
SUMBER : K.Wana Potret Kasih
20 btg cili kering ( dipotong, di rendam dan dikisar ) – boleh tambah atau kurang ikut suka
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
3/4 inci halia -dikisar
2 batang serai -dikisar
1 sudu kecil ketumbar biji- dikisar
1 sudu kecil jintan kasar dan jintan manis -dikisar
1 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
serbuk kunyit
sedikit gula
sedikit serbuk perasa ( jika suka )
Cara penyediaan
1. Daging di gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Masak daging tadi dalam kuali hingga kering airnya. Jika daging kurang empuk masukkan air kemudian masak lagi hingga kering air dan daging empuk.
3. Setelah daging kering masukkan sedikit minyak dan goreng daging tadi sehingga sedikit kering.
4. Setelah masak ketepikan dulu daging tadi dan buat sos pedasnya…
5. Tumis bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak hingga wangi dan pecah minyak.
6. Masukkkan sedikit air dan kicap manis, masak hingga sedikit pekat.
7. Kemudian masukkan daging tadi… masak seketika.
8. Sesuaikan rasa garam dan gulanya.
9. Bila sudah cukup masak dan agak kering bolehlah diangkat dan di hidangkan…
No comments:
Post a Comment