KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday, 1 August 2013

Telur Dadar Cheese...


Telur dadar cheese ni sajer aku buat untuk rusydi...
Dia memang suka makan telur camni....
Bukan rusydi jer...td papa dia pun tumpang sekaki....

SUMBER : Resepi Raidah

Bahan-bahan:
6 biji telur
1 biji bawang besar ~ belah 2 dan hiris nipis
10 biji bebola ikan(fish ball) ~ hiris nipis (boleh juga menggunakan bahan lain seperti dada ayam, daging ataupun sosej)
Keju secukupnya ~ cheddar ataupun mozzarella
Garam
Minyak.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, goreng bawang yg telah dihiris sehingga garing dan diangkat.
2. Kemudian gorengkan pula bebola ikan(fish ball) sehingga masak dan diangkat.
3. Didalam 1 bekas, pecahkan telur dan masukkan bawang, fish ball dan garam secukup rasa. Pukul telur bersama bahan-bahan sehingga sebati.
3. Panaskan minyak didalam kuali, apabila minyak sudah panas masukkan telur dan biar sehingga separuh masak.
4. Taburkan keju/cheese cheddar/mozzarella secukupnya diatas telur tersebut.
5. Masukkan telur ke dalam oven dan masak sehingga telur masak dan keju cair. Dengan suhu 200'C selama 5 ke 10 minit. Ataupun tutup kuali dengan menggunakan penutup yang sesuai dan biarkan telur masak atau sehingga keju cair
6. Sedap dimakan bersama cili sos.
** Boleh mempelbagaikan bahan dengan menambah seperti daun sup, daun bawang dan juga cili besar.


4 comments:

  1. Sedap...da penah buat...tp buh ciz je dgn lada hitam serbuk....itupun bdk2 ni mkn je..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...1st tu nak bagi rusydi jer makan...sekali mak ngn bapak tumpang sekaki....

      Delete
  2. uish sedap ni...ada masa boleh buat nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena buat....simple jer nak membuatnya...pastu sedap plk tu..

      Delete