Haaa nasi ayam kegemaran ramai kat rumah...
Dah lama pulak aku tak membuatnya..
Bila en asben dok minta..
Mula la merajinkan diri ni....
Oklah resepi kat bawah yer...
SUMBER : Chik Mimi
Ayam
rempah sup-chik mi beli yg ready made dr Bamboo in Parit buntar since dah ade semua chik tak letak bawang lagi dlmnya.
Bawang Besar
Garam
Serbuk perasa- chik letak secukup rasa
*Semuanya direbus untuk mendapatkan stok utk nasi dan juga sup
Untuk Nasi
Beras dibasuh n rendam sebentar kemudian toskan
Butter / margerine & minyak masak
Bawang putih *cincang halus
Halia *cincang Halus
Garam
Daun Pandan
Serbuk kunyit ~ untuk bg nasi tak pucat
Tumis butter campurkan sedikit minyak masak ,masukkan bwg putih & halia serta serbuk kunyit tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan beras.Kacau sehingga butter tadi melekat di beras.Alihkan ke dalam periuk nasi,masukkan stok ayam tadi bersama dengan garam.Kuantiti air kena lebihkan sedikit.Nasi ni akan jadi berderai(sebijik-sebijik).
Untuk Ayam
Ayam (selepas direbus keluarkan ayam)
Halia *
Bawang putih*
Lada hitam*
Sos tiram
Madu
Garam
Secukup rasa
*Ditumbuk halus
Semua bahan ditumbuk diperap bersama dengan ayam kemudian digoreng / grill
Untuk Sos Cili
Cili hidup
Bawang putih
Halia ~ sedikit saje
Gula ~ sedikit
cuka ~ sedikit
Sedikit sup di atas
semua bahan diatas di blend sehingga halus.
Sedia dihidangkan
sedapnya..
ReplyDeletesaya suka nasi ayam