KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Wednesday 28 December 2016

Sotong Goreng Istimewa...


Baru aku perasan...
kat umah aku ni jarang masak sotong...
Hokey la ni nak tepek resepi sotong istimewa kononya....
hihihiih...

500gram sotong
Bawang merah, bawang putih dan bawang besar- hiris
Cili padi
Garam
Kunyit
Air asam jawa


Panaskan minyak, tumis bawang ngn cili hingga garing kemudian masukkan sotong.
Bila sotong hampir masak masukkan air asam jawa, garam, kunyit & cili besar. Sedia dihidang

Thursday 22 December 2016

Lempeng Pisang...



Nyum nyum lempeng pisang pulak...
Haritu wat lempeng kelapa...
Rupanya abg sydi suka sgt...
Dia ckp mcm roti canai...hahaha..
hari ni mama dia kasi lempeng pisang...
Semalam bbysitter si adik bagi pisang masak...

Selalunya pisang kita wat cekodok...
Tapi pagi ni kita tukar menu jadi lempeng pisang....
Si adik makan habis 2keping...
Si adik memang kaki makan...
Bagi la apa pun memang tak ditolaknya....
Hhihihih....

1  1/2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang masak yang telah dihancurkan atau dilecek!
1 – 1 1/2 cawan air (anggaran – boleh tambah jika pekat sangat )
1 sudu besar gula
1 biji telur
sedikit butter atau minyak
secubit garam


Cara-cara :

Satukan tepung, telur, garam, air, gula dan pisang lecek. Kacau sebati.
Panaskan butter atas kuali non stick…. susun pisang yang telah dipotong2 kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
Guna api perlahan dan tutup sebentar.
Balikkan., masak seketika dan angkat!

Monday 19 December 2016

Bubur KacaNG Sagu...



Teringin nak makan bubur kacang punya pasal...
Sedapnya bila dapat makan panas2...
Eh sejuk pun sedap jgk...
yg paling sedap isi dlm plastik jadikan aiskrim malaysia...
Fuhhh mabeles...

Mesti ada yang makan bubur cm aku ni kan...
hihihih....


Bahan-Bahan
2 cawan kacang hijau - rendam 1 jam
Air secukupnya utk merebus kcng hijau
1 cawan sagu direndam smpai kembang
2 cawan santan pekat
2 cwn santan cair
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan - belah dan simpul
1 sudu kecil garam


Cara-Cara
Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak (*biar cepat empuk).
Bila kacang telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir.
Masukkan pula gula melaka yg di racik. Kacau hingga gula larut dan sebati.
Masukkan sagu....masukkan pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
Setelah siap bolehlah di hidangkan.

Friday 16 December 2016

Lempeng Kelapa Muda...



Pagi jumaat ni kita bekfes ngn lempeng kelapa muda...
Fuhh dah berapa hari dok teringin...
Tengok plk kawan kat kampung makan lempeng ngn ikan rebus...
Fuhhh nak2 musim hujan plk kt kampung...

Kita yang dok kl ni pun hari2 hujan...
Pagi2 kemain sejuk...
Berkabus bagai....
So apalagi pekena lempeng kelapa muda..
Cicah ngn sambal bilis...
Kena plak kopi o panas...
Fuhhh....




SUMBER : CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kelapa parut putih
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
2 3/4 cawan air (kalau nak pekat, guna 2 cawan air)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Bancuh semua bahan diatas kecuali garam. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati. Ketepikan sekejap
Panaskan kuali atau mat guna non-stick pan saiz 7 inci, dengan sedikit minyak. Tuang 1 senduk atau ikut kesesuaian kuali anda. Ratakan adunan hingga rata. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng namak pucat. Terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang. Angkat.
Buat kaedah sama dengan baki adunan. Pastikan anda lenser sedikit minyak pada kuali sebelum anda letak adunan lempeng tadi. Hidangkan bersama kuah kari, sambal tumis atau sos kegemaran anda...


Thursday 15 December 2016

Kek Oreo...



Jangan terkejut bila tuan umah terlebih rajin...
Ini la hasil bila semalam dok ziarah umh kekawan...
Dari satu umah ke satu umah kita tgk kek...
Terliur la plk tengok kek oreo...
Nampak resepi agak senang...
Aku lak taraf2 yg masih merangkak ni...
Baik la pilih resepi yang simple2....


Bila tengok kat blog org...
Fuhhh kemain ko dia punya deko...
Kalau aku yang jenis tangan keras kematu ni xpayah nak deko2 sgt la...
BaSIC sudah...
Okey la jemput tengok resepi..

SUMBER : QH

Bahan2
250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya)

Caranya
Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.
Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray. Adunan QH bahagi kepada 3 dan dibakar berasingan.
Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit 20-25 minit atau sehingga masak.

Wednesday 14 December 2016

Agar-Agar Buih aka Puding Balqis...



Rajin kan tuan umah siap buat agar2...
ini belum rajin sgt lagi...
Konon nak agar2 buih..
Tapi xmenjadi sangat..
Maybe aku pukul telur xcukup lama...
Pernah tengok umah lain tayang agar2 buih ni berlapis2 ko...
Macam2 color ada...
Ala2 rainbow pun ada...
AKu mmg xdapat la virus rajin sebegitu...
Boleh retak pinggang aku nak dok melapis color2 tuh...
Okey la...nak cuba resepi kat bawah...

SUMBER : HaSue

Bahan:
1 paket agar2 serbuk (12gm) - hasue guna 10g
850 ml air
3 bj telur A ~ ambil putih sahaja - hasue guna 4 biji putih telur size B
145 gm gula
1 sudu teh esen vanila
2 helai daun pandan
pewarna mengikut pilihan

Cara:
Masak air bersama gula, agar2 dan daun pandan hingga mendidih.
Kemudian masukkan esen vanila.
Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika diterbalikkan mangkuk, telur tak jatuh)
Basahkan loyang yg hendak digunakan dgn sedikit air (buang lebihan air)
Ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur yg dah dipukul tadi.
Masukkan sedikit pewarna yg disukai dan kacau hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
Ulang lagi spt tadi, ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur, masukkan pewarna lain pula dan kacau hingga sebati.
Tuangkan secara berhati2 keatas lapisan pertama tadi.
Ulanglah sehingga habis kesemua adunan agar2 dan putih telur.
Biarkan agar2 sejuk dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Biarkan sejuk kemudian bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba ....

Tips Dari Kak Nor:
* utk mempercepatkan proses agar2 mengeras setelah dilapiskan, gunakan sebiji loyang yg lebih besar dan isikan air (boleh juga dimasukkan sedikit ketulan ais). kemudian letakkan loyang yg nak diisikan agar2 tadi ke dlm loyang berisi air tu. cara ni akan menpercepatkan agar2 yg dilapiskan tadi mengeras.
* utk menghasilkan agar2 yg tidak terpisah antara satu lapisan dgn lapisan yg lain, proses membancuh adunan agar2 dan putih telur serta perwarna perlu dibuat cepat2 ya.. :)
* seeloknya masa nak menuang lapisan seterusnya, tuang atas belakang spatula yg diletakkan di bahagian tepi loyang. tuang secara perlahan2 dan jangan tuang direct kat tengah2 adunan. kebiasaannya bahagian tengah agak lambat sedikit mengeras (ni utk mengelakkan adunan terjerlus ke lapisan sebelumnya)

Tuesday 6 December 2016

Ikan Bilis, Kentang Dan Tauhu Goreng Kicap...



Hari ni masak resepi simple ni...
makan dengan nasi panas2 pun sodap...
Boleh bertambah2 pnya...

Bahan-bahannya:
2 genggam ikan bilis.
1 batang cili merah di hiris.
1 biji bawang holand di hiris.
1 sudu kicap manis
2 biji kentang
2 ketul tauhu
Secubit garam untuk perasa.

Cara-caranya:
Ikan bilis, kentang dan tauhu di goreng garing dan di ketepikan.
Keluarkan baki minyak dan tinggal kan sedikit saje.
Tumiskan bawang sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili blend dan tumis sehingga wangi.
Masukkan cili merah.
Masukkan kicap manis dan gaul rata.
Taburkan garam sebagai perasa.
Tutup kan api
Masukkan semua bahan yng digoreng tadi dan gaul rata.
Sedia untuk di hidang.


Monday 5 December 2016

Nasi Ayam Hainan....



Pestime masak nasi ayam hainan....
Sesekali kita tkar menu apa salahnya kan...
Selalunya nasi ayam yg goreng tu...
Kali ni kasi men sihat sikit...
Kita main rebus2 jer...

Alhamdulillah menjadi...
Sedap pn sedap....
Memang tak rugi la mencba....


SUMBER : Resepi Raidah

Bahan-bahan:

Bahan untuk rebus ayam:
1 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
2 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaan:
Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.

*
~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.
~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut.

Untuk nasi:
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
Garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan:
1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.

*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya.

Untuk sup:
Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris

Cara penyediaan:
~ Air rebusan ayam tadi dididihkan. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Untuk sos cili:
10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos thai

Cara penyediaan:
1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.

Untuk sos kicap:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan:
1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.