KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Tuesday, 28 June 2016

Ayam Masak Kicap Lada Hitam....



Haaa sapa suka ayam masak kicap lada hitam ni??
cepat angkat tangan..
menu yang sgt simple dan senang nak masak...
pastu memang peberet seisi umah aku ni..

SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

1/2 ekor ayam, potong pada saiz yang anda suka, cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
2 biji kentang, hiris sederhan tebal, rendam
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, hiris
1/3 cawan kicap manis
2 camca besar sos lada hitam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap 20 minit dan goreng tapi jangan sampai garing, kasi goreng embal2 saja. Angkat dan toskan. Kentang tadi ditoskan dan goreng hingga kuning keemasan, toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos lada hitam dan ayam. Gaul rata. Tuang air dan masukkan kicap manis, kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
Tambah bawang besar, cili belah dan kentang, gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah, yang ni terpulang pada masing2. Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan...

Monday, 27 June 2016

Kari Ayam ...



Masak kari la pulak...
Ari tu mee kari...
Sekarang kari ayam pulak...
Aku suka guna kari yang takde santan ni...
Orang panggil kari ala mamak...
bagi aku lagi lagi sedap kari cmni....
Tak caya try la buat...
Resepi kat bawah...


SUMBER : Anneraini

Bahan-bahan

Ayam/Daging/ Ikan (ikut suke)
1 biji Bawang sederhana besar (hiris nipis)
1 ulas Bawang putih (hiris nipis)
2 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar) 
1 sudu besar cili boh (ikut suke)
1 biji tomato
1 sudu teh halba campur (tumbuk kasar)
Rempah 4 sekawan
3 sudu besar rempah kari pedas (aku guna Baba's)
2 biji kentang
bendi/terung (optional)
asam jawa/asam keping (ikut suka)
Garam

Cara

1. Tumis 4 sekawan dan halba campur. Kemudian masukkan bawang hiris. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, dan bawang kisar serta serbuk kari yang telah dicampur air. Tunggu hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, tomato, kentang dan air. Air ni agak2la ye. Kalau suke cair letaklah lebih. Tunggu hingga mendidih.
4. Bile semua dah masak, masukkan asam dan sayur... Kemudian masukkan garam secukup rasa...
5. Okay dah siap...


Friday, 24 June 2016

Ketam Bercili....



Semalam on the way nak g opis..
berhenti pasar jap...
Tengok ketam besar2 ko...
Siyes geram...
Apalagi rembat la 2ekor...
cukup la kan...
Nasib opis ada peti ais..
Simpan kat opis jap...
Balik terus masak bercili....
Tapi aku kurangkan la cili..
Kesian jugak kat Rusydi sebab ni peberet dia gk..
Dia kalau dah peberet pedas pun dia telan..
Tapi bersulam air la jawabnya...
So langkah selamat kurangkan pedas sikit...

SUMBER : ciktiemah

Bahan-bahan

beberapa ekor ketam  dibersih dan dipotong dua
1 biji bawang besar  dimayang
7 biji cili merah dikisar
5 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih  dikisar
2 batang serai  dititik
1 biji telur ayam  dipukul sedikit
Garam dan gula secukup rasa
Air Secukupnya
Minyak untuk menumis




Cara-cara

-Gaulkan ketam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng sehingga masak.    Ketepikan.
-Panaskan minyak kemudian tumiskan serai bersama bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
-Masukkan sedikit air bersama bawang besar, gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
-Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.
-Pastikan telur dipukul terlebih dahulu supaya sebati rasanya dengan sekata pada kuahnya.]
-Akhir sekali masukkan ketam dan gaulkan sehingga rata.
-Angkat dan hidangkan.

Thursday, 23 June 2016

Sahur Nasi Goreng...Ok Ke Tak??



Ok ke kalau sahur makan nasi goreng....
Hhuhuuh...
Memang dah takde idea betul nak masak...
Dekat2 nak raya ni lagi la...
Bangun jer nak sahur...
Berapa kali termenung...
Ada ke kekawan yang sama ngn saya...

Bahan nasi goreng kampung:

3 cawan nasi sejuk di peroikan
1/2 ikat sawi
1/2 cawan ikan bilis di goreng garing
kicap manis
garam secukupnya

Bahan tumbuk:

7 biji cili padi
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu ikan bilis

Cara :

Tumbuk semua bahan tumbuk. 
Bila sudah, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
Masukkan garam secukupnya.
Masukkan sayur dan gaul hingga rata.
Masukkan nasi dan gaul lagi.
Sambil di gaul, tambahkan kecap manis dan gaul hingga rata.
Bila sudah selesai, tutup api.
Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.


Tuesday, 21 June 2016

Makin Upgrade...



Haaa ni dia mainan peberet dia....
Susun lego....
Dari kecik suka betul main benda ni...
1st time masa kecik2 dulu juz susun panjang2 jer...
Bila makin besar ni....
Makin uprgade....
Dah pandai buat kapal....
Kapal terbang..roket...kereta...
Macam2 binatang...
Hairan jugak aku mcm mana la dia buat...
Aku yang dah tua ni pun xreti nak main benda2 cmni...
Nak kata en asben ajar...sama jer ngn aku...
Contoh yang belakang kertas tu selalunya bila beli terus buang jer.,..

Yang tak menahannya kat sekolah pun dok main benda ni juga...
Kalau tanya buat apa kat school hari ni?
Main lego...
Adoiii....

Kadang2 hangin juga aku..
Sebab kadang2 dua beradik ni suka sepahkan lego...
Bila berjalan ke duduk ke...
Pijak lego ni adoiii sakit giler...
Ada jugak time menyapu tu aku sapu sekali buang...
Sakit hati tengok berterabur...
Tapi en asben suka beli...
So memang bersepah la benda ni kat umah...
huhuhuuh


Monday, 20 June 2016

Mee Kari...


Ari minggu rajin sikit....
So tekak nak makan mee kari...
Jadi ari minggu baru la ada masa...
Hari biasa masak simple2 jer...
Resepi kat bawah yer....

SUMBER : Dapur Malaysia

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam (disiat2)
Tauhu (di goreng)
Daun bawang dan daun sup (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1 kg Kerang atau lebih (lebih banyak kerang lebih sedap)
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1 cawan udang hidup (dikisar)
2 cawan stok Udang (kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya)
5 cawan santan (1 biji kelapa)
2 keping asam gelugur (ikut saiz)
minyak
garam
2 batang serai (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
5 ulas bawang kecil (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
1/2 cawan udang kering (di rendam dan dikisar)

Cara Membuat:
1.Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. 2.Masukkan rempah dan biarkan hingga naik minyak.
3.Masukkan kerang , fish cake , udang kisar , fish ball ,
stok udang dan santan kemudian renehkan sehingga
naik minyak.
4.Kacau selalu dan dan tambahkan garam secukup rasa.
5.Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan
yang dihiris tadi.

Wednesday, 15 June 2016

Herbs Grill Chicken...


hahaha....kasi menu sihat sikit...hihiih
Nama menu omputih bagai...
Semalam plan nak masak nasi goreng jer pagi ni...
So aku teringin lak nak bakar ayam...
So semalam siap2 perap ayam...
Alaaa perap cm biasa jer...

Aku juz perap dengan oregano, serbuk cili, lada hitam, air lemon ckit 
Pastu letak la garam..nak tmbah perisa pun boleh...
Perap semalaman...
Pagi ni aku bakar jer...

So pagi ni sahur nasi goreng ngn ayam ni jer...


Monday, 13 June 2016

Air...Air...Sirap Bandung Soda..


Semalam tekak aku kemain lgi buat hal...
Siyes sangat2 dahaga...
Nak bercakap pun tak boleh...
Dah mcam budak tadika weii...
Memang baring je aku rasa tengahri tu...
Buka posa jer aku rasa setengah jug gk aku telan air...
Nasi pun dah tak larat nak telan....



Menu semalam...
Kari kepala ikan ni untuk en asben...
aku mmg tak makan kari kepala ikan ni...
Gigih masak tp xmakan hihihiih...
Aku punya paprik ayam....
Itu jer....
Memang pemalas kan...hahaha

SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin)

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya..


Friday, 10 June 2016

Ikan Cencaru Bakar & Air Asam Budu




Ni menu berbuka semalam...
Masak simple sudah...
Semalam main bakar-bakar jer...
ikan cencaru bakar mmg peberet aku...
Siap air asam ko...
Air asam yug mabelles....
Sedap smpai bleh pengsan lepas tu...
Gireng buncis kicap...
Ayam pervik...
Bayam goreng dan murtabak kat bazar,...


SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2-3 ekor ikan cencaru saiz sederhana, siang dan cuci bersih, tak payah buah kulitnya*
Sedikit serbuk kunyit*
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
Garam secukup rasa*(*disatukan, gaul rata2 dan perap 30 minit)

CARA MEMBUATNYA :-)
Bakar ikan tadi atas api bara atau dalam non-stick pan. Boleh juga dibalut dengan daun pisang dan balut lagi dengan aluminum foil dan bakar dalam oven, guna suhu 200 C untuk 20 minit atau hingga ikan masak. Hidangkan bersama air asam budu...





BAHAN-BAHANNYA :-)
15 cili padi kampung merah atau hijau
1 biji cili merah
3 biji bawang merah, hiris
3/4 inci belacan, dibakar
1 cawan jus asam jawa
3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 - 3 camca besar Budu
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
Tumbuk halus cili padi, cili merah dan belacan, masukkan bawang merah dan tumbuk sedikit hingga pecah. Alih ke dalam bekas, tambah jus asam jawa, budu dan juga jus limau kasturi. Kacau rata dan masukkan sedikit gula. Seimbangkan rasa dan jika ok boleh hidangkan.


Thursday, 9 June 2016

Rusydi Sports Day...



Thhrowback katanya....
Sports day Little Caliph ..
Kemain excited rusydi nak g sports day...
nak pakai baju color green...
Bebudak sekarang main sukan pun dalam dewan...
Takut gelap agaknya....
Patut la aku ni gelap kulit,...
Dok main sukan kat padang je....

kena pegang banner...tp pehal la pegang cenggitu...nak baca pun susah..hihihi





Siap kena buat persembahan ko.....
Kasi video sikit...

video
video 1..

video
video 2..

video
video 3...

video
video 4..

Wednesday, 8 June 2016

Jalan-Jalan Aquaria KLCC...



Hari sabtu ritu bawak anak-anak jalan2..
Maklumlah cuti sekolah...
Nak pergi jauh2 xmampu...
bawak pergi dekat2 sudah...
So decided bawak g aquatia KLCC..
Aku pernah la pergi sekali masa mengandung Rusydi 
Tu pun sebab bawa mak sedara ngn cousin dr kampung...

biasa la mesti bergambar punya...

haaa ni dia tayang aku yg kembang...menci..

bukan setakat ikan..ular pun ada...maybe ni ular air...hihi

kaya....kaya.....harta karun ni aku yang punya...

ini aku lupa apa nama ikan ni...


ni lobster












video
video ....




Tuesday, 7 June 2016

Sederhana Sudah...



Bersederhana sudah kan???
Yer la setakat aku 4 beranak jer nak makan...
Cukup la nih...
Banyak2 kan membazir...
\Menu semalam :
Rendang ayam
Asam pedas ikan ngn nenas
Peria goreng telur
Martabak - bazar mari
Cendawang goreng - bazar mari...

Selamat berpuasa.....


Monday, 6 June 2016

Mi Hoon Sup Ayam...


Haaa selamat berpuasa semua....
Lapar tak?? lapar tak???
Saje je kan aku ni...
Mesti korang rasa nak lempang kan...
Ni menu ari minggu ritu...
Teringin nak makan mi hhon sup..
Orang malas cam aku ni memang masak camni jer...
nak malas lagi masak maggi...hahaha

Resepi ni cedok umha CMG...
CMG guna ayam pencen...
Aku guna ayam belum pencen lgi la...
Walaupun barang-barang dia banyak la jugak...
Tapi berbaloi ooo....
Siyes sedap....
TQ CMG...
Mintak izin tepek kat sini yer...

SUMBER : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam tua @ pencen (kurang lebih 1kg)
4 biji kentang
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.
Rasa dan jika kurang garam tambah. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama ketupat, mee hoon atau mee kuning...