KAWAN-KAWAN TERSAYANG

Thursday 25 February 2016

Spaghetti Tomato..



Bila Rusydi sibuk merengek2 mintak spagehtti...
Maka ibu yang baik ni apa lagi..
Terus masak resepi senang ni...
Nasib baik dia mintak spaghetti kalau benda lain..
Mati la mak ko ni nak oii...

Budak2 ni dah pandai sekarang..
Nampak jer ikalng kat tv...
Terus datang kedek2 kat mama dia ni...
"mama sy nak tu...sy nak tu"
Hamboiii korang main mintak jer...
Nasib baik mintk spaghetti sebabnya tengok iklan budak tu makan spaghetti...
Oklah nak share resepi senang bangat nih...



BAHAN-BAHANNYA 

Spaghetti, direbus hingga lembu dengan sedikit minyak
285 g sos prego
1 tin cendawan butang, 
5 camca besar minyak
2 biji tomato, didadu
2 keping daging kisar RAMLY
Bebola daging
Garam dan sedikit gula


CARA MEMBUATNYA 

Panaskan minyak zaitun,tumiskan bwg putih hingga kekuningan. Masukkan tomato yg dipotong dadu.masak sampai tomato hancur.
Masukkan daging kisar ngn bebola daging.
Masukkan sos spagethi n cendawan butang. Perasakan dengan skit garam dan sedikit gula. jika perlu masukkan air sedikit. Didihkan.
Hidangkan sos bersama spagetthi.

Thursday 18 February 2016

Lunch at Jagoya, Star Hill...



Nak tayang....nak tayang....
tengok la segala suku sakat udang dalam pinggan aku ni...
mmg peberet aku udang nih....
nasib baik hari ni boss nak belanja lunch...
so 2bijik keta jugak la ke Jagoya Star Hill dari cheras...



Sampai sana apa yang aku nampak udang...
situ udang...sini udang...
memang dalam pinggan aku nak tayang udang jer...
berapa kali jugak la aku dok ulang makan udang....
ni kalau adik ipar aku nampak ni mmg telan liur jer la dia...
pesakit gout kan....hihihi...



Ni pun udang jugak....
versi tempura...hahahah...
giler ko udang mahal wei...
nak2 spesis lobster bagai...
kat sini jer la nak makan byk2...
setakat ayam daging2 tu mmg aku xpandang dh...



Ini pulak peberet gk...
kambing...
nafsu betul aku ni kan...
ehh aku tak membazir wei....
aku telan sampai habis ok..




tengok orang makan sup...
aku makan mushroom soup jer...
mmg aku xreti makan shark fin soup bagai tu...
mcm xleh nak telan jer...
langkah selamat ni jer la...hihihi..



Lastly dessert ok...
ni jer yang aku mampu telan...
xsanggup lagi dah...
tak pasal2 boss aku kena sewa bulldozer la angkut aku...
sampai opis...mata udah nngntok....
jomlah membuto kejap...hihih


Wednesday 17 February 2016

Asam Pedas Ikan Pari....



Dah lama betul tak masak asam pedas...
En asben dah request berapa kali...
Tapi bininya ni mmg malas betul masuk dapur...
Balik jer dari kampung beraya CNY ritu.
Perangai malas menjadi2...
Nasib baik time makan dia rajin...
Kalau tak boleh slim melim...

2ari lepas en asben bawa balik ikan pari..
Katanya suh masak asam pedas...
Sebab dia dah beria nak makan..siap bawa balik ikan lagi...
Takkan la ku nak jadi bini durhaka pulak kata malas...'

Time makan pulak aku juga yang bersungguh..hahah
Peberet aku bendi kat atas tu..
Aku mmg akan letak byk bendi...
Siap ratah-ratah lgi....hihih
Okey la resepi kat bawah..


Bahan:
1kg ikan pari.. potong dan cuci gina limau kasturi
1 cawan cili kisar
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
sedikit belacan*
3 batang serai diketuk
1 ikat kecil daun kesum
air asam jawa
garam & aji
1 sudu serbuk lada hitam

Cara:
tumbuk bahan yang bertanda (*).. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula cili kisar.. tumiskan hingga terbit minyak..
masukkan air asam jawa.. biarkan menggelegak..
masukkan pula ikan dan daun kesum..
kecilkan api.. masak ikan hingga lembut..
rasa garam dan aji secukup rasa.. tambah mana yang kurang..
bila dah masak.. angkat dan hidangkan..

Tuesday 2 February 2016

Sambal Telur..



Dah lama rasanya tak masak sambak telur cmni...
Entah camne tiba-tiba teringin nak makan sambal telur cmni...
Lawan pulak dengan labu masak lemak/...
sodap....

BAHAN-BAHANNYA 
4 biji telur
3/4 cawan cili kisar 
2 camca besar sos tomato  
Garam dan gula secukup rasa 
5 biji bawang merah* 
2 ulas bawang putih* 
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus) 

CARA MEMBUATNYA 
Goreng teluir. Ketepikan. 
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum,
Masukkan cili kisar dan sos tomato, kacau dan tumis hingga terbit minyak. 
Masukkan gula dan garam secukup rasa. 
Masukkan telur yang digoreng tadi. 
Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan.